Jul 9, 2012

PRU13 KRONI ANWAR - KAK WAN UMUM BERTANDING DI DUN PERMATANG PASIR..!!








Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan akan bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun beliau tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen namun beliau masih boleh bertanding di mana-mana kerusi Dun.

“Walaupun saya mempunyai pilihan untuk memilih di manakah kawasan yang ingin bertanding namun saya perlu juga mendapatkan maklum balas dari penyokong.

“Parti sedang memikirkan di mana tempat-tempat yang sesuai untuk saya,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen PKR Menghadapi PRU13, semalam.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, PKR akan meneruskan perjuangan sama ada menang mahupun kalah pada PRU13 akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

kalau ada cucu yg dah cukup umur pun akan tersenarai sebagai calun.kenapa tak calunkan menantu sekali sebagai pelengkap?

NIKNAJIS mati simpan muzium said...

Kalau ni dorang tak panggil nepotism atau kronism pula? kalau UMNO aje ohh party anak beranak, sejak bila ? UMNO party Anak beranak? tun abdul razak? hussein Onn? mahathir? Badawi?... Lim kit siang dan karpal singh kenapa tak ckp anak beranak dlm satu party? kalau anak beranak semua satu party tu namanya party binatang...Wan azizah jadi ibu yg baik sudah.. duduk rumah banyak ibadah dan doa kepada allah supaya tutupkan kelakuan buruk laki kau...

Powered by Blogger.