Jul 24, 2012

PROJEK LANGAT 2 ISYTIHAR DITUTUP..!!?









Kerajaan Pusat memutuskan bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini, akan diteruskan walaupun tidak disertai oleh Selangor dan tawaran akan dibuka dalam tempoh sebulan akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Peguam Negara akan mengkaji undang-undang tanah agar Langat 2 yang akan mempunyai kapasiti 1,130 juta liter sehari (MLD) dapat diteruskan untuk membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

"Mesyuarat hari ini  berpendapat walau apa keadaan sekali pun, projek ini (Langat 2) perlu diteruskan. Walaupun kerajaan Pusat telah menyediaka peruntukan, namun sampai hari ini kerajaan negeri (Selangor) tidak memberi kebenaran," katanya dipetik Bernama.

"Saya telah mengarahkan Peguam Negara segerakan perkara ini. Peguam Negara akan bermesyuarat petang ini untuk meneliti perkara ini," katanya selepas mempengerusikan Jawatankuas Khas Kabinet mengenai isu air Selangor di sini, hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan projek pembinaan Langat 2 ditawarkan kepada syarikat yang berupaya dan berharap ia boleh bermula pada tahun ini.
  
"Jawatankuasa berpendapat ini merupakan satu perkara yang penting dan kalau ia tidak dilaksanakan mengikut pandangan kita (kerajaan pusat), situasi (masalah air) akan bertambah buruk.
  
"Kita mahu menentukan syarikat yang ditawarkan boleh memulakan kerja sebaik kerajaan negeri memberi kebenaran," katanya sambil menambah projek Langat 2 akan mengambil masa tiga setengah tahun untuk siap.

Mengenai cadangan Syabas pada 14 Julai lalu untuk mengadakan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Muhyiddin berkata, ia belum perlu dilaksanakan buat masa kini namun beberapa tempat di sekitar Lembah Klang akan menghadapi masalah air.

"Pada masa ini, kawasan-kawasan tertentu yang dikategorikan merah (kawasan yang sering menghadapi masalah air dan bekalan air bersih) akan menghadapi masalah air dan Syabas akan menyediakan bekalan air di kawasan tersebut," katanya sambil menambah, antara kawasan berkenaan termasuk Kapar, Klang, Taman Indah Seputeh, Pandan Indah dan Pandan Perdana di Kuala Lumpur.
  
Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata, jawatankuasa juga memutuskan Syabas dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menyediakan pelan kontingensi dalam beberapa hari ini sekiranya catuan air perlu diadakan.
  
Sementara itu, ketika ditanya sebab wakil kerajaan negeri Selangor tidak dijemput dalam mesyuarat hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana mesyuarat adalah di peringkat persekutuan dan mahu meneliti daripada "sudut kita."

"Perkara-perkara tertentu nanti, kerajaan negeri Selangor akan terlibat. Di peringkat itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan mereka," katanya.


Paparan Gambar paling Panas Tahun ini (KLIK Pada Tajuk di bawah) :-



9 comments:

KajangRiderBlack said...

ye ke ade krisis air? memula syabas ckp WAJIB catu air kerana bekalan x cukup. bila Selangor berhasrat nak urus sendiri, tetiba federal plak ckp X PERLU catu air. mane 1 ni?

air merupakan komoditi yg bole disukat dan ditentu kadarnya. kalu x cukup, maka tetap tidak cukup. macam setin air coke dikongsi ngan 5 org. terang dan nyata wat camne pun mmg x cukup. kat sini dpt disimpulkan, SYABAS TERKANTOI!

Anonymous said...

hoii karpal singhhhh benggali..PAS tetap akan melaksanakan HUKUM HUDUD ISLAM. kami tidak perlukan sokongan anda. kalau rasa susah bersama PAS..ayuh DAP boleh berambus dari pakatan. PKR telah memberikan sokongan kepada PAS. Tidak perlu ISLAM merayu kepada kafir harbi melaksanakan HUKUM HUDUD. Berambus kau Karpal OKU. ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR...laksanakan hukum hudud...

Anonymous said...

anon di atas..ckp bolelah..tp bila kapral berdehem..lu punya tok guru hadi terus tukar statement..negara islam jd negara kebajikan..saper ikut saper skang ni..x nampak lagi ke...hudu pun xtentu bole wat selagi sekongkol dgn dap..bila karpal kata over my dead body..org pas terus terkucil..

Anonymous said...

bekalan air mentah yang tak terawat memang la mencukupi, tapi bekalan air yang sudah terawat yang tak mencukupi sebab loji perawatan tak dapat nak tampung permintaan yang saban hari meningkat sekarang ni, tu la masalah kerajaan PR kalau dari dulu lagi beri kelulusan berkenaan projek langat 2 kan mudah,sekarang ni mungkin dah hampir siap dah..pandai tak boleh nak ikut bodoh tak boleh nak ajar

Anonymous said...

Plan kontigensi PR utk masalah air ialah rm225juta. Loji Langat rm8.6 billion. Komisyen dh didahulukan, projek blom dpt lg ni bos..apa citer. Tu yg TSM Yasin gelabah, kena segerakan juga. Dana PRU13 x brapa nak cukup ni. Semua x percaya tuhan. Hujan anugerah tuhan, kemarau pun begitu. Bila diri jauh dari agama, maka gelabah x tentu pasal.

Anonymous said...

bekalan air terawat x cukup pasal loji sedia ade xleh nak tampung? propa lagi. Cakap la Syabas yg x pandai mengurus walaupun setiap bulan duit masuk dlm akaun bosnya rm425k tanpa putus. Bagus kalu Selangor ambil alih dan uruskan sendiri syabas. Semua aspek boleh pantau dan audit. tapi BN plak halang. pasal ape? Adakah takut lebih byk fakta sebenar diketahui dan bermacam penyelewengan dibongkarkan. Mase tu, habisla umno dan kroni. dgn ape cara skalipun, diorg takkan lepaskan Syabas yg merupakan lubuk duit diorg utk sekian lame. Jadi, gunakan Langat 2 sebagai topik coverline. kekeke

Anonymous said...

aduh siannya budak ni. amik anologi satu baldi size 1 gelen kongsi 10 org. tetapi tetiba masuk org ke 11 dan 12 nk air dlm baldi tu. yg utk 10 org tu memang cukup. tambah lg dua org, jd tak ckp. so mana yg perlu di buat, tambah air dgn kerap dlm baldi tu sehingga dah melebihi had atau tambah satu lagi baldi1 gelen utk kegunaan org ke 11 dan 12? mesti la tmbh lg baldi dari tambah air dlm baldi yg satu tu zekerap mungkin.masalah sekarang ni air mentah memang ckp. Tapi air terawat yg x ckp. permintaan melebihi kapasiti.aptb...

Vizta said...

kelakar bile tibe2 ade anon yg komen x kene tajuk. pasal karpal singh, pas dan hudud. komen provoke lagi. kalu komen bodoh tahap keldai camtu, tak lain dan x bukan adalah dari PENCACAI yg menyamar sebagai penyokong pas. taktik kotor yg terserlah kebodohan.

Anonymous said...

seriuosly aku da mula x pecaye kat syabas. Sekejap kata mesti catu, pastu x perlu catu. skrg ckp loji rawatan dah overload? tapi x tunjuk fakta. buat la sesi site visit dan jemput wakil kerajaan negeri, federal, professional dan wartawan ke setiap loji utk tunjukan dakwaan tu benar. tunjukkan statistik operasi. kalu xde penjelasan berfakta, aku anggap syabas ni cuma kuda tunggangan politik jer.

Powered by Blogger.