Jul 25, 2012

PRU13 - PAS KEDAH PROTES UNDI UMNO JIKA MUKHRIZ DIUMUM BAKAL MB..!!?






Kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula.

Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.

Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.





“Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk ‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’.

Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka.

Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40 peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar.

“Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak kepadanya.

“Kajian ini jalankan terhadap penduduk di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan kawasan bandar dan kampung,” katanya.

Rohana berkata, UUM menjalankan kajian ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus.

14 comments:

Anonymous said...

NEGARA AMAN SEMUANYA BOLIH DIBUAT. ISLAM DAPAT BERKEMBANG, KEMAJUAN DAPAT DITINGKATKAN. JADI PILIH BN UNTUK MASA DEPAN APALAGI.

Anonymous said...

sebagai orang luar, aku juga bersetuju jika Datuk Mukhriz dicalonkan sebagai MB, bukanlah kerana beliau anak Tun tapi keterampilan dan kemampuan beliau menjalankan tugas sangat dibanggakan. kedah aku yakin akan bertukar wajah dibawah kepimpinan beliau kelak.

Anonymous said...

ANAK TUN MESTI HEBAT MACAM BAPA DIA BUKAN MACAM JIJAN PANDAI BERCAKAP JA

AKU SOKONG SANGAT

Anonymous said...

Sebagai anak jati Kedah.. sememangnya aku menyokong penuh jika Mukhriz jd MB.. pemimpin berkarisma...

zack said...

sebagai anak kedah saya xkisah siapa jadi MB tapi minta tolong la jaga kebersihan,rumput potong,sampah sarap angkat,cuci longkang baru la kedah maju....

HJ. AZUAN ABU HASSAN said...

Aku pun turut berbangga jika Mukriz dilantik jadi MB Kedah, oleh itu mai la kita pakat2 pastikan BN menang besar bukan saja di Kedah malah seluruh Malaysia

HJ. AZUAN ABU HASSAN said...

Aku pun turut berbangga jika Mukriz dilantik jadi MB Kedah, oleh itu mai la kita pakat2 pastikan BN menang besar bukan saja di Kedah malah seluruh Malaysia

HJ. AZUAN ABU HASSAN said...

Aku pun turut berbangga jika Mukriz dilantik jadi MB Kedah, oleh itu mai la kita pakat2 pastikan BN menang besar bukan saja di Kedah malah seluruh Malaysia

Anonymous said...

AKU CUKUP SETUJU JIKA MUKHRIZ JADI MB KEDAH NANTI. PAS NMPKNYA, HARAPAN TIPIS LAH NAK MEMANG PRU13 INI. KAWAN2 LAMA UNDI PR MASA PRU12 DULU, RAMAI YG DAH NAK KALEH BALIK KE BN...

Anonymous said...

asalkan bukan umno...biarlah kerajaan negeri kedah terlepas tetapi kerajaan pusat akan bertukar kepada pakatan....hehehehe..kan mudah kerja pakatan untuk membuat sesuatu...lu pikirlah sendiri

QalamQabut said...

Masih ramai lagi orang Pakatan yang tak sedar bahawa sebahagian besar undi yang dema dapat dalam PRU12 dulu adalah undi protes dari penyokong UMNO.

Kali ni aku setuju dengan tajuk artikel ini. Selain dari penyokong UMNO pulang ke pangkuan, UMNO akan juga dapat undi protes dari penyokong Pakatan. Ini bukan saja di Kedah tetapi di seluruh negara. Kali ni BN akan menang besar.

Anonymous said...

Layak ke anak Mahathir ni jadi MB Kedah yang baru? muka macam penyangak Lembu je?

Cuihhhhhh!

Serban Tok Guru said...

Kata kat orang penyagak lembu. Muka hang sebiji macam anjing Anwar.

Kaki jilat...

Anonymous said...

Sbg anak jati Kedah setuju sgt Mukhriz jadi MB. Bukan apa harapan generasi Y agar Kedah boleh meningkat dan progresif dimasa depan. Sy generasi yg dh veteran tp nk lihat Kedah maju dibawah org muda pulak memimpin.

Powered by Blogger.