Jul 29, 2012

NAJIB UCAP 'TAHNIAH' BUAT LAJIM UKIN - BAKAL GUGUR JAWATAN KABINET..!!?








Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan esok.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata, keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini.

Najib berkata, dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.

Lajim semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno.


Lagi Berita Berkaitan Isu ini (KLIK pada tajuk di bawah) :-



5 comments:

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyURL.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

Admin nk no call blh sya brminat ngan invest.ni tp tk thu nk buat cm mana

BRM.Galaxy.Tab said...

Mcm mana nk pastikan skim ini bukan skim cepat kaya yg diharamkan kerajaan dan bukan skim yg akhirnya klk menipu duit org?

BRM.Galaxy.Tab said...

Mcm mana nk pastikan skim ini bukan skim cepat kaya yg diharamkan kerajaan dan bukan skim yg akhirnya klk menipu duit org?

Anonymous said...

kalu nak melabur pun kena lah fikir halal haram nya pelaburan tersebut. memang nampak menguntungkan dari pelaburan skim tersebut... entah ape produknya , ke mane pelaburannya.. ini lah perniagaan yg merosakkan hati umat islam... yg tak jelas unsur perniagaan ini. tak payah lah.

Powered by Blogger.