Jul 2, 2012

MCA BANGKIT BAKAL DEDAH SKANDAL KHALID GAGAP ROMBAK RM1 JUTA!!








Satu skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor Pakatan Rakyat, sebuah syarikat yang disenaraikan dan penyalahgunaan wang rakyat bakal dibongkarkan.

Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.

The Star melaporkan Chua berkata, beliau menerima maklumat mengenai urusan yang tersembunyi di sebalik transaksi yang merumitkan.

Beliau berkata, urusan itu antara lain berkaitan dengan pemindahan aset, taktik penstrukturan semula dan pelaksanaan korporat.

“Pakatan Rakyat yang mendakwa mereka begitu cemerlang dalam ketelusan, saya mencabar mereka untuk mendedahkan butiran mengenai transaksi itu,” kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Chua, yang merupakan seorang akauntan dan bekas ketua pegawai kewangan di sebuat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkata: “Saya akan mendedahkan lebih banyak butiran supaya rakyat dapat membuat penilaian sekiranya Pakatan Rakyat menunaikan jani mereka atau hanya membuat janji-janji kosong.”

Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut.

“Dedahkan rekod transaksi hartanah yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan seperti KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Bhd) dan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor),” kata beliau.

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Kamaruddin berkata, beliau turut akan mendedahkan perkara yang meragukan melibatkan kerajaan negeri dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, urusan yang didakwa meragukan itu termasuk pemindahan aset PKNS kepada PKNS Holdings untuk memudahkan urusan jualan dan perjanjian usaha sama.

Hamizun turut mempersoalkan mengenai syarikat Worldwide Holdings Bhd di mana kerajaan negeri mempunyai kepentingan majoriti dua tahun lalu, keluar daripada penyenaraian.


0 comments:

Powered by Blogger.