Jul 22, 2012

LAGI PEMIMPIN UMNO DEDAH TARIKH SEBENAR PRU13...!!?








Tokoh politik veteran UMNO Tan Sri Abdul Aziz Tapa menjangkakan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada tahun depan, bukannya dalam tempoh terdekat ini.

"Pilihan raya kali ini tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat atau tahun ini sebaliknya ia lebih elok diadakan pada tahun depan," katanya kepada Bernama di sini.

Abdul Aziz, 89, yang merupakan veteran Umno menjelaskan jangka masa tersebut dapat dimanfaatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah rakyat dan meningkatkan hubungan antara pemimpin parti itu dengan rakyat.

Beliau berkata wakil rakyat perlu lebih rajin "turun padang" bertemu rakyat dalam usaha mendekati dan menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul.

Baginya gandingan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap BN.

Malah, penerima anugerah tokoh guru peringkat kebangsaan pada 1986 itu mengabdikan gandingan kedua-dua pemimpin tersebut di dalam sebuah pantun:

    Encik Majid dengan encik Bidin,
    Pergi ke Linggi naik rakit,
    Gandingan Najib dengan Muhyiddin,
    Macam perigi di bawah bukit.  
                       
Abdul Aziz berkata, dasar serta bantuan yang dirancang kedua pemimpin tertinggi negara itu berjaya menyelesaikan pelbagai kemelut dihadapi rakyat terutama melibatkan kos sara hidup.
  
Sebagai contoh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Baucer Buku 1Malaysia banyak memberi manfaat kepada rakyat walaupun segenlintir pihak melihatnya sebagai pembaziran atau mempunyai agenda tertentu, katanya.
  
"Belanja itu dia (Perdana Menteri) beri ikut keperluan rakyat contohnya Kedai Rakyat 1Malaysia nak senangkan rakyat," kata bekas Bendahari Badan Perhubungan Umno Melaka itu.
  
Beliau juga yakin BN akan memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU-13 dengan syarat wakil rakyat yang ada harus mengikut jejak langkah Perdana Menteri dan timbalannya dengan sering bertemu rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.



3 comments:

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

Nk melabur mcm mne?

Anonymous said...

yang terbeban sekarang ini adalah oposisi

terbeban kerana pendirian politik massa telah kembali ke kedudukan pra 2004

Powered by Blogger.