Jul 6, 2012

KHALID SAMAD DAKWA 'PROMOSI JUALAN RAMADHAN CARLSBERG' SATU BENTUK DAKWAH ISLAM.








Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan sebuah pasar raya yang menjadikan minuman keras sebagai promosi Ramadan, bulan yang dianggap mulia dan bulan ibadah puasa umat Islam.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan pasar raya di sebuah kawasan perumahan di Selangor itu sebagai menghina agama Islam dan sengaja dilakukan untuk menguji kesabaran umat Islam.

Katanya, perkara itu bukan insiden pertama berlaku.

“Ini kerana tahun lalu sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris turut menyiarkan iklan berbuka puasa yang mempromosikan masakan haram berasaskan babi.

“Sesuatu yang tidak masuk akal rakyat Malaysia tidak tahu ini berkaitan dengan sensitiviti umat Islam dan kita dapati bahawa ini disengajakan dan perbuatan sengaja ini sebenarnya telah mencabar dan menghina umat Islam.

“Pihak yang bertanggungjawab jangan tunggu sampai orang berdemo buat bantahan, mereka mesti mengambil tindakan. Ini kerana jika tindakan tidak diambil dan hanya amaran diberi ia seolah-olah menggalakkan mereka untuk terus melakukannya," tegas beliau.

Dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Online, beliau meminta umat Islam mengunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk memboikot pasar raya tersebut agar agama dan umat Islam tidak terus diperlekehkan.

Sementara itu, beberapa Pimpinan PAS menyelar tindakan Pimpinan UMNO yang membantah tindakan tersebut seolah2 tidak sensitif dengan keperluan Agama2 lain. Rata2 yang menganggap isu tersebut tidak sewajarnya dibangkitkan menjelaskan, jualan arak tersebut tetap dihadkan kepada bukan Islam walaupun tertera ianya 'Promosi Bulan Ramadhan.'

3 comments:

Anonymous said...

Celaka lah orang yg berpura2 tidak nampak akan penghinaan terhadap Islam.

Anonymous said...

dunia dh tua....semakin hampir penghujung,ingat lah wahai org islam...keindahan didunia hanyalah sementara...jgn jadikan Islam pada nama saja...

Anonymous said...

Iklan ni telah siap dijaja dan disebarkan balaci-balaci pembangkang dalam facebook...kerjaan BN dipersalahkan. Bila kesilapan-kesilapan atau kemungkaran gang-gang mereka dipaparkan dalam mana-mana media, puak-puak assobiyah ni cepat-cepat saja mengeluarkan ayat quran yang melarang manusia buat fitnah,tentang balasan di akhirat dan macam-macam fatwa lagi. Kalau puak-puak mereka buat fitrah terus bulat-bulat mereka terima dan cepat-cepat mereka sebarkan di media-media sosial. Bila ternyata ianya tidak benar, mereka buat selamba saja tanpa sedikit pun merasa bersalah serta ingat tentang larangan Allah tentang fitnah.

Powered by Blogger.