Jul 16, 2012

KHALID GAGAP PAK TURUT ANWAR SEKSA RAKYAT - CATUAN BEKALAN AIR SELANGOR BERMULA..!!








Kegagalan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rizab air di Selangor, menyebabkan catuan bekalan air mula dilaksanakan di beberapa tempat di Lembah Klang.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, kerajaan Selangor yang diterajui PKR sepatutnya memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 kerana catuan air yang dilaksanakan hanya merupakan kaedah penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kekurangan bekalan air.

"Dalam hal ini, Syabas tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air untuk mengatasi gangguan bekalan air berikutan kadar rizab yang rendah di Selangor.

"Oleh itu, beliau (Abdul Khalid) tidak patut menyimpang daripada isu pokok dan menipu rakyat Selangor dengan berkata bekalan air masih mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di Bukit Changgang, dekat sini hari ini.

Mohd Zin berkata, kekurangan bekalan air akan berlaku selagi kerajaan negeri tidak menambah rizab air yang dirawat kepada standard industri sebanyak 20 peratus atau pada kadar penimbal lebih selesa sebanyak 10 peratus.

"Kadar penimbal yang mencukupi perlu ada untuk menangani keadaan naik turun bekalan pada musim panas," katanya.

Mohd Zin berkata demikian bagi mengulas kenyataan ketua pegawai eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan bahawa Syabas akan memohon kebenaran untuk memulakan catuan bekalan air dengan serta-merta di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan kekurangan bekalan air yang semakin serius.

Ruslan dilaporkan berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang mengalami krisis air apabila paras rizab di 34 loji rawatan menurun kepada purata dua peratus, jauh di bawah 'paras selamat' sekurang-kurangnya 20 peratus.

Mohd Zin berkata, lebih 30 peratus panggilan yang diterima hotline yang dikendalikan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) adalah berkaitan isu air yang dihadapi mereka yang tinggal di kawasan berbukit.

PDK berkenaan, yang menempatkan 32 orang kurang upaya berusia antara tiga bulan dan 40 tahun, mula beroperasi pada 2003 dengan peruntukan awal RM100,000.

Pada majlis itu, Mohd Zin, yang juga Ahli Perlimen Sepang, mengumumkan pemberian peruntukan RM50,000 kepada PDK berkenaan untuk membiayai kerja pembesaran bangunannya.

2 comments:

zahari1950 said...

Pada berita tv 3 sebentar tadi, Khalid gagap dah putar alam. Dia mahu Syabas diserahkan kepada Kerajaan Selangor atas alasan kegagalan Syabas menyediakan bekalan air yang mecukupi. Apakah Kalid Ibrahim sudah lupa bahawa air itu datang dari sumber ciptaan Allah bukannya dibuat oleh manusia. Sebelum PRU ke 12 lagi kerajaan pusat mengusahakan projek membawa air mentah dari Pahang. Tetapi kerana gila politik singkat dengan otak yang tak berfikir panjang, tanpa memikirkan kepentingan rakyat, selepas menang di Selangor dan jadi MB pakatan Rakyat, Kahlid Gagap tidak setuju pengaliran air dari Pahang melalui tanah negeri selangor. Walaupun berkali-kali kerajaan pusat merayu, Khalid Gagap kata selangor tidak akan menghadapi krisi air. Tetapi sekarang bila ramalan menjadi kenyataan, baru kelamkabut nak menerimanya pun dengan bersyarat. Dituduh pula Syabas gagal membekalkan air mencukupi. Tidakkah ini dinama perbuatan orang kurang siuman? atau lebih tepat lagu "gila". Dia ingat "Syabas"tu korporat kecil. Modalnya dan kos operasinya mungin berbilion RM. tentu sahaja "Syabas akan mempertahnkan haknya melalui mahkamah. Masalahnya bolehkah mahkamah memutuskan dalam satu hari perbicaraan?. Sedangkan air sudah pun mula dicatu sana sini. Jika Khalid dan kerajaan Selangor menang dalam perbicaraan esok sekalipun (katakanlah ada perbicaraan), jauh panggang dari api masalah bekalan air boleh diselesaikan dalam sehari dua. Kemungkinannya dalah dalam 2/3 tahun akan datang. Orang lain jadi MB awak pun nak jadi MB. tetapi fikiran singkat macam pak pandir.

Anonymous said...

setelah menekmati air percuma,kini tiba masanya akan merasai catuan air pula sedikit masa lagi mungkin akan tiba pula giliran rakyat selangor merasai terputus bekalan air


rakyat selangor kena terima hakikat itulah kerajaan terbaik pilihanya.kerajaan yg berjanji akan memberi perkhidmatan terbaik yg kerajaan terdahulu tidak berikan.

Powered by Blogger.