Jul 7, 2012

'KETUA MUSLIMAT UMNO' SOKONG JOHOR LAKSANA HUKUM HUDUD..!!








Malaysia kini berada dalam landasan betul untuk melaksanakan perundangan Islam, namun negara masih lagi kekurangan prasarana untuk membolehkan ia menjadi realiti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

“Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

“Jika usaha ini dapat dilaksanakan, Barisan Nasional (BN) akan menjadi pihak pertama melaksanakan hukum itu berbanding dengan Kelantan yang hanya bercakap kosong,” katanya.

Mashitah berkata, sekiranya Kerajaan Johor ingin laksana hudud, Perlembagaan Persekutuan tidak perlu digubal kerana undang-undang syariah bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Pelaksanaan perlu dirancang teliti agar semua faham erti sebenar hukum hudud,” katanya.

7 comments:

Anonymous said...

Ya.. jalan betul untuk wujudkan satu lagi taliban state

Anonymous said...

Betul ke bawah kuasa kerajaan negeri.. Kalau macam tu kenapa kelantan tak buat buat..

Anonymous said...

Kalau UMNO boleh buat Hudud.. Apa guna nya kita sokong pas lagi. Sokong PAS pun sampai hari ni Hudud tak jadi2...

I sokong U YB.

Anonymous said...

N.Ajis bakal dapat kemaluan besar, 22 tahun pegang Kelantan & 22 tahun duk berkokok hudud..hudud tapi hampasss.. Kalau Johor laksana hudud, tiada makna kewujudan parti bernama PAS.

Anonymous said...

Hudud tu budu pas

Anonymous said...

CSL VS. LGE. LIVEEE..

LGE SAID MCA FOR CHINESE AND DAP FOR ALL MALAYSIAN AND WANT TO REPRESENT MALAY AS WELL.. HA.. HA..

DO YOU WANT DAP TO BE IN POWER AND RULE MALAYSIA FOR ALL MALAYSIAN INCLUDING MALAY.. SELAMAT JALAN MELAYU.. THINK BEFORE YOU VOTE NEXT TIME....

Anonymous said...

Good video to show to general public during campaining... DAP want to become malaysian's hero..

Powered by Blogger.