Jul 21, 2012

'JANJI DITEPATI' SLOGAN KOTOR SAMBUTAN MERDEKA 2012..!!?







Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim nampak steady saja bila menjawab bab pembangkang kecoh mengenai tema Hari Kemerdekaan 'Janji Ditepati' kerana sama dengan slogan pilihanraya Barisan Nasional.

Ketika ditanya Agendadaily dalam sidang akhbar selepas majlis anugerah kecemerlangan kementeriannya di Kuala Lumpur Khamis beliau menegaskan tidak ada salahnya hal itu.

Beliau menjelaskan ia juga  perkara biasa yang turut dilakukan beberapa negara lain seperti Singapura dan  Jepun.






Pembangkang mendakwa kononnya BN sudah hijack Hari Kemerdekaan dengan pengunaan tema yang sama.

Mereka tidak mahu tema itu sama.

Serentak dengan itu Rais menyindir dengan berkata parti-parti pembangkang boleh buat yang sama dan biar rakyat membuat keputusan pakatan mana yang mereka mahu sokong.

Pembangkang juga boleh berkata 'kami telah buat ini dan ini, dan ini adalah janji kami',katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gagasan 1Malaysia umpamanya telah menunaikan janji-janjinya melalui proses transformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Beliau berkata Najib telah melunaskan konsep 1Malaysia itu dengan menterjemahkannya antaranya dalam bentuk pengagihan buku, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Susu 1Malaysia, pembukaan Kedai Kain 1Malaysia yang dinikmati lapisan masyarakat termasuk penyokong parti pembangkang.

"Apabila kita buat sesuatu yang baik kita mengatakan komitmen kita sudah selesai, sudah dibuat, jadi tidak salah...," katanya.

6 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya orang PAS terutamanya menyokong penuh tema Janji ditepati sebab itulah kehendak Islam. Rasulullah menyebut 3 sifat munafik. salah satunya ialah manusia yang memungkiri janji. Kenapa puak-puak ni tak suka tema itu. sebab mereka tak tepati janji. itu saja.

Anonymous said...

Dia orang tu, siapa yang makan cili dia yang terasa pedas nye...tu yang melalak tak tentu pasal...

usin said...

ataupun dorang nk tukar kepada JANJI PEMBOHONG!!!. nampak dh goyang gila pakatan ni. tunggu lingkup je la..

Anonymous said...

Macamana orang PAS.PKR dan DAP tak menyalak kepanasan bro !!!

Sebab apa yang dorang janji semua tak ditepati ... tu yang bagai cacing kepanasan tu hahaha.

fitnah dan tak menepati janji tu dah jauh tergolong dalam golongan munafik !!!

Anonymous said...

Anon pertama tu...kenapa bila cakap pasal Islam aje sebut PAS.. Sekarang semua jijik dengan PAS kecuali penyokong tegar mereka aje.. Pemimpin PAS adalah dari kalangan orang lemah, bachul dan munafiq yang tidak dapat buat apa apa untuk islam.. Allah dah beri mereka kuasa di kelantan, kedah dan selangor.. Tengok apa yang mereka boleh buat untuk islam.. TIADA.. LAGI MEROSAKKAN ADALAH..

hafiz said...

PADAH apabila orang islam menentang parti yang memperjuangkan ISLAM.. Mungking akan tiba suatu masa ALLAH turunkan bala pada manusia akhir zaman. Kita tidak pasti siapa yang betul dan siapa yang salah. siapa yang buat tu je boleh tau. ALLAH akan menimpakan bala pada orang ISLAM jika kita tidak menjalankan perintahNYA. wallahua'lam.

Powered by Blogger.