Jul 24, 2012

ISU AIR - LEBIH 50 NGO SELANGOR BERENTAP SERANG KHALID GAGAP..!!








Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) akan bekerjasama dengan 54 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi penerangan kepada rakyat seluruh Selangor berhubung kemelut isu air di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, rakyat negeri itu perlu mendapatkan maklumat sebenar dan tepat berhubung isu itu.

Katanya, GPRS dan 54 NGO telah sepakat untuk mengadakan jelajah di seluruh Selangor  dalam menjelaskan isu sebenar yang berlaku berhubung krisis air itu demi kepentingan rakyat.

“Kami (GPRS) sepakat akan bekerjasama dengan 54 NGO untuk buat program jelajah bagi memberi penjelaskan kepada rakyat kerana rakyat perlu mengetahui perkara sebenar.

“Ini kerana kita prihatin kepada nasib dan kepentingan rakyat seluruh negeri ini ,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dalam sesi taklimat dengan pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di pejabat syarikat konsesi tersebut di Lembah Pantai di sini, hari ini.

Takimat tersebut berlangsung kira-kira dua jam  dengan dihadiri oleh hampir 20 wakil NGO yang ingin mendapatkan penjelasan sebenar serta maklumat berhubung kontroversi isu tersebut.

Menurutnya, antara NGO yang akan terlibat terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Gabungan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Sekretariat Orang Muda Negeri Selangor (Serang) Sohaimi berkata, bagi melaksanakan langkah tersebut, pihaknya akan mencetak risalah-risalah untuk diedarkan kepada orang ramai di seluruh negeri ini.

Malah, pihaknya juga akan menggantung kain rentang di beberapa lokasi di negeri ini.

“Berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi, kita akan mencetak risalah-risalah untuk diedarkan kepada orang ramai supaya lebih jelas mengenai isu ini.

“Kita juga akan menggantung kain rentang di beberapa kawasan bagi memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan taklimat diberikan Syabas, beliau mendakwa mendapati banyak maklumat diberikan oleh Kerajaan Negeri tidak benar malah dilihat jelas mempunyai agenda tersembunyi.

Dakwanya, Kerajaan Negeri cuba mempolitikkan isu tersebut “Saya percaya Kerajaan Negeri mempunyai agenda tersembunyi dan berdolak-dalih berhubung isu ini.

“Rakyat perlu faham ia merupakan isu yang dipolitikkan oleh Kerajaan Negeri untuk meraih simpati,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendesak Kerajaan Pusat bertindak lebih tegas dalam memastikan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 diteruskan kerana kerja-kerja peringkat awal telah bermula di Pahang.

“Ia perlu dilaksakan kerana sekiranya tidak maka ia akan menjadi satu lagi ‘gajah putih’ dan isu air akan berterusan.

“Perancangannya telah dibuat beberapa tahun dahulu tetapi ditangguhkan Kerajaan Negeri atas agenda politik,” katanya.

0 comments:

Powered by Blogger.