Jul 3, 2012

HUDUD DI JOHOR - PERTEMUAN SULIT KERAJAAN GABUNGAN PIMPINAN PAS & UMNO..!!?








Pas sedia bantu Umno jika parti itu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, jika Umno bersungguh- sungguh, tidak timbul masalah di pihak Pas kerana parti itu hanya mahu melihat perintah ALLAH ditegakkan.

"Sudah cadang, kenalah bersungguh-sungguh, jangan hanya cakap kosong. Kalau mereka bersungguh-sungguh, kita pun akan bantu," katanya ketika diminta mengulas cadangan seorang wakil rakyat Umno Johor yang mahu negeri itu jadi negeri pertama di negara ini melaksanakan undang-undang hudud.

Cadangan itu disuarakan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat pada sidang Dun Johor 20 Jun lalu.

Gesaan tersebut disambut baik Mursyidul Am PAS Nik Aziz semalam malah sanggup bermuzakarah dan bekerjasama bagi merealisasi perlaksanaan tersebut.

Akan tetapi, PKR, MCA dan DAP lantas membantah keras malah mencerca cadangan Datuk Ayub.

0 comments:

Powered by Blogger.