Jul 14, 2012

HASAN ALI TERSENYUM - DR. RANI AKUI JUGA DIA PARASIT PAS..!!








Ramai di kalangan warga Meru mengagumi tindakan berani Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali yang tampil hadir pada Program Debat yang sepatutnya berpasangan dengan Penyandang jawatan sedia ada, Dr. Rani Osman.

Jelas kelihatan Dr. Rani tidak berani berdepan membela parti sendiri menerusi program tersebut pada 11 Julai lalu yang beliau bawa dan canang walaupun di pentas kawasannya sendiri di Meru. 






Akan tetapi Hasan Ali mempamerkan watak sebenar seorang Pemimpin yang memperjuangkan hak dan kedaulatan Islam malah menggunakan platform PAS sebagai wadah perjuangannya.

Dr. Rani sewajarnya malu kerana gagal mempertahankan perjuangan PAS yang mengikut selera dan resepi Parasit di hadapan pengundi2  beliau sendiri.






Keputusan Dr. RANI ini membuktikan malah mengiyakan gelaran dirinya salah seorang Pemimpin Parasit PAS.

Hasan Ali tetap hadir pada Program Debat pada malam tersebut. Menerangkan perkara yang hak dan batil. Membawa aspirasi perjuangan Islam yang sebenar di Negara ini.

PS : Tertarik dengan tuntutan pertama JATI kepada Kerajaan Pusat untuk mewajibkan matapelajaran Pendidikan Islam di peringkat Rendah dan Menengah sebaris dengan matapelajaran teras yang lain bagi melayakkan kelulusan Sijil PMR serta SPM.


Artikel ini ada bakal menjadi realiti (KLIK pada tajuk di bawah untuk paparan) :-



10 comments:

Anonymous said...

Betul lah tajik debat tu... MANA PAS SELANGOR... betul tak datang takut pada diri sendiri...

Anonymous said...

Rafizi PKR nak ugut MCA pasal kes talam.. Nak dedah org MCA terlibat sama.. Nak tutup mulut MCA.. JADI betul lah apa yang dikatakan oleh MCA tu yang ada penyelewengan dari PKR dalam kes TALAM.. Mana duit itu.. Pergi poket PKR dan ANWAR lah tu.. Itulah sebab anwar dan gayboy ampang dia tu banyak senyap dalam banyak tuduhan yang benar kepada mereka.. Kerana takut tersasul macam rafizi ni..

Anonymous said...

Kerajaan PKR over pay TALAM.. Duit lebih pada talam tu bukan diambil oleh TALAM.. Tetapi TALAM bayar balik dalam bentuk lain pada PKR untuk KEMPEN PRU nanti dan mungkin setengah masuk poket mereka sendiri.. WIN WIN SITUATION / DEAL lah..

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

ISU TALAM MESTI DIBAWA KEPADA PENGADILAN RAKYAT.. KERAJAAN PKR BAYAR DENGAN DUIT RAKYAT.. JADI KITA KENA DEDAH SAMADA DUIT KITA DISALAHGUNA ATAU TIDAK.. ISU MACAM INI LEBIH PENTING DARI ISU UNCLE SEEKER UNTUK DIPERBESARKAN.. RAMAI RAKYAT AKAN SEDAR DAN MEMILIH BN JIKA ADA PENYALAHAN GUNA KUASA PASAL ISU TALAM INI.. SYABAS MCA..

QalamQabut said...

Pantang tok nenek aku tengok orang selit iklan komerSIAL seperti Global Products & Services Review ni.

Tak jadi dah aku nak komen pasal topik.

Anonymous said...

QalamQabut.. Abaikan aje iklan tu.. Scroll laju laju...

QalamQabut said...

He heh hehhh... Sejuk sikit hati aku ditegur lembut macam tu. Walopun masih ada pantang tok nenek, tapi aku idak le taksub bebenor hingga tak sedar diri.

Sebenarnya aku dah komen kat blog lain atas tajuk yang sama. Memandangkan ada relevance jugak kat sini, so aku masukkan saja...

Satu maklumat penting yang aku tak jumpa dari berita di atas ialah siapa orang2 kuat GMP yang turut hadir, berapa ramai penonton? Kita kena ingat dema ni bukan saja penonton tetapi juga saksi dan pendengar ceramah Hasan Ali. Kalaulah betul lokasi ni di kawasan kubu kuat Rani Osman, lagi signifikan penonton yang hadir itu.

Ulasan mengenai ketidak-hadiran Rani Osman perlu dihuraikan sejelas2nya, satu persatu. Biar pembaca dapat terima andaian penulis bahawa bukan saja Rani Osman bacul untuk berhadapan dengan Hasan Ali, tetapi jentera PAS Meru juga berusaha ke arah itu.

Tetapi dari apa yang aku baca, keraguan yang munasabah harus aku berikan kepada Rani Osman dan PAS Meru. Kita tidak boleh mengandaikan bahawa dengan terima surat Rani Osman akan turun padang. Mungkin benar dia tidak dapat maklumat. Berkenaan kain2 rentang yang hilang itu kan perkara biasa bagi dunia politik, apa lagi bila ianya berkaitan dengan PAS.

Apa yang dapat aku rumus ialah pihak penganjur tidak jalankan tugas mereka dengan berkesan. Mereka hanya dapat maklumbalas dari Hasan Ali, tidak dari Rani Osman. Namun begitu Hasan Ali sudah dapat peluang keemasan untuk buat penjelasan mengenai tuduhan2 yang dilemparkan terhadapnya.

Anonymous said...

sya org kg meru, emak & bapak sya pun org lama pas. Sya hadir di majlis itu, tp duduk luar kat jalan raya la. Memang ramai kehadirannya, semua golongan ada, umno, pas, pkr pun ada. Yg jelas pemuda perkasa & otai2 meru & bkt kapar.

Mulanya sya percaya penganjur ni meman nak 'perangkap' yb sya kerana yb rani awal lg kata x akan hadir. Tp bila penganjur nyatakan debat ini yg keluarkan cabaran ialah GMP sendiri kpd kedua dua pemimpin ter sebut utk duduk satu pentas, dan menjawab soalan2 yg akan dikemukakan oleh pihak penganjur, barulah sya faham....kiranya dato hasan x hadir, sebaliknya dr rani yg hadir, debat tersebut tetap diteruskan. Apatah lg semua soalan2 tersebut telah dikirim kpd semua pendebat pada 6 Julai, kata pengerusi GMP.

Dari yg hadir sya rasakan ini merupakan himpunan yg terbesar di meru selepas kehadiran TPM ke meru tempoh hari

Malu juga sya di majlis tersebut apa bila yb sya x hadir, tiada siapa boleh pertahankan pas pd mlm itu...ikutkan hati biar sya je yg betdebat, tp penganjur bertegas platform mlm tu 'dikhaskan' utk dato hasan dan dr rani shj...apa boleh buat, buat muka tebal je la

QalamQabut said...

Terima kasih kepada Anon Sunday, July 15, 2012 di atas kerana sudi berkongsi maklumat sebagai hadirin yang ada di majlis tersebut, mahu bercerita apa yang sebenar terjadi.

Saya puji pendirian anda walaupun nampak tak sehaluan dengan pendirian politik saya. Masing2 ada akal untuk berfikir dan buat pertimbangan sendiri. Syabas dari saya.

Powered by Blogger.