Jul 10, 2012

DR. RANI BACUL TOLAK DEBAT DGN. HASAN ALI - BUKTI PERJUANGAN PALSU!!








Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berharap Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menukar pendirian menolak debat kepada sedia berdebat dengannya di bawah tajuk PRU13: Di manakah Pas Selangor?


Hasan dalam satu kenyataan berkata,  Abd Rani seharusnya menyambut baik jemputan debat itu dan menggunakan peluang yang ada untuk mempertahankan kepimpinannya sebagai pemimpin nombor satu Pas di negeri ini.

"Saya difahamkan Dr Rani tidak bersedia menerima undangan tersebut atas alasan yang sukar untuk difahami seperti mendakwa saya menggunakan kaedah gengsterisme terhadap Pas.

"(Sepatutnya) Di pentas ini (debat), beliau boleh dapat menjelaskan apa yang Pas Selangor tawarkan untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja di negeri Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.






Hasan menjelaskan, beliau bukannya individu bertanggungjawab mengusulkan acara debat tersebut sebaliknya  ia diuruskan pihak penganjur iaitu Gerakan Masyarakat Prihatin Meru.

"Saya telah menyatakan persetujuan saya untuk menyertai debat tersebut kerana saya masih mengikuti perkembangan Pas secara dekat dan sehingga ini sentiasa diberi maklum balas mengenai gerak kerja parti oleh pimpinan di peringkat negeri dan kawasan.

"Saya harap Dr Rani akan menukar pendiriannya sebaliknya dapat bersama dengan saya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sekiranya beliau ingin mencadangkan nama yang lain untuk menggantikan beliau, saya syorkan beliau menghubungi pihak  penganjur," katanya.


2 comments:

Anonymous said...

tak boleh tahhannnn

tak boleh tahannnn...wa cakap luuuu

mcm idola dia jugakk...kejap lari merata..lepas tu salahkan org..

Anonymous said...

Dr Rani ni sama jer ngan BAPAK KAFIR. Bacul, pondan, bangang! Nampak sangat salah. Itulah PAS babi, jangan ikut syaitan sangat. Sekarang korang lagi teruk dari syaitan!

Powered by Blogger.