Jul 2, 2012

DEDAH AGEN SULIT ANWAR - SUARAM AKUI TERIMA SUMBANGAN HAMPIR RM1 JUTA SEBULAN..!!








Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu.  Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis. 
Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar.  Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan. 

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan.  







Namun, beberapa individu yang pernah bersama rakan2 komplot SUARAM telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM,  beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka.

Lebih menarik lagi ialah ‘syarikat SUARAM’ ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.   Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya.

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan?   Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam ‘misi’ memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia?  Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran. 




 
Dengan pendedahan ini,  terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM. 

Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA.  Berdasarkan pendedahan rekod kewangan ‘syarikat’ mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka. 

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini.  Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula: 

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan?  Jika ya, apakah yang mereka perniagakan?  Apakah ia sebuah NGO?  Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan?

Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang ‘dibicarakan’ bukan?  Jadi, biarlah ‘perbicaraan’ berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya.  

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA?

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya ‘sedang dibicarakan’?  Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum ‘keputusan perbicaraan’ diumumkan? 

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini.


2 comments:

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

Baru ni orang tahu selama ni Anwarkan dapat tajaan dari CIA. Amerika mengunakan Anwar untuk sokongan beliau untuk menawan Selat Melaka dan Lautan Andaman. Objectif Amerika dalam program "Confinement Program" adalah untuk menawan Selat Melaka dan Lautan Andaman dengan niat memegang ekonomi China. Sekiranya 10% dari jumlah minyak dari Timur Tengah untuk kegunaan China dapat dikurangkan, maka ekonami China akan menjadi huruhara. Amerika akan jadi kuasa ekonomi dunia dimana China akan tunduk pada Amerika. Usaha memerangkap Iran untuk mengurangkan eksport minyak keChina mungkin tidak berjaya.

Satu cara CIA adalah menjadikan Anwar sebagai PM "at all cost" supaya Anwar akan membenarkan Amerika membuka pengkalan yang baru di Pulau Pinang atau Langkawi dan kemungkinan Lumut.

Semua NGO dibeli, akhbar ditaja. parti pembangkang diadakan isu-isu supaya Anwar dinadikan PM. Sekiranya Anwar menjadi PM, kayalah dia, bukan RM3 billion yang dia untung malah lebih dari itu.

Anwar memang menjual Malaysia untuk perutnya.

Powered by Blogger.