Jul 5, 2012

CONFIRM - UNCLE SEEKER DITAHAN POLIS..!!





Foto : Blog Mazidul Akmal Sidek


Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya baru-baru ini, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Turut ditahan seorang perempuan berusia 26, dikenali sebagai Siti Nadhirah Mohd Zain.

Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Mohd Akhir Ishak mengesahkan tangkapan itu.

"Polis menerima tujuh laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu. Susulan itu, dua pasukan polis telah melakukan tangkapan ke atas malam tadi.

"Kedua-dua yang ditangkap untuk siasatan lanjut bersangkut kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya pada pemberita di Johor Bharu, tengah hari tadi.

Mohd Akhir berkata, jika disabit kesalahan mereka boleh dipenjara setahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

Tangkapan ke atas mereka telah dilakukan semalam, lebìh kurang 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.






Dalam pada itu, bapanya Syed Abdullah, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, beliau tidak ada maklumat lanjut mengenai penahanan anaknya itu.

"Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya," kata bapanya, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi Sinar Harian Online sekitar 10 pagi tadi.

Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.







Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini," katanya.


 

9 comments:

Ali said...

Sayang! Kem tahanan Pulau Jerejak dah tutup, PENDERHAKA bagus ditempat di pulau itu supaya suasah senangnya mentadbir sebuah negara bukan sesuatu yg mudah. Untuk menjaga keamanan agr berteruskan kerajaan MESTI mengaktifkan semula "Pusat Tahanan" itu demi sesejahteraan rakyat Msia.

Jebon Tua said...

Muka macam tercirit kecut perut. Mengaku bagus tak kena tempat budak ni. Nasib baik tak kena tutuh aje lagi. Sesilap santau katak yang macam dia pegang tu pun boleh rasa nanti.

MelayuTeras said...

Dah lama meluat dengan kisah gila glamour dan kontroversi bodoh tak sudah-sudah uncle seeker ni. Bila entah nak sedar diri. Uncle Seeker adalah Melayu yg lupa daratan.

Anonymous said...

Lain macam je hantu seekers punya kesukaan. Dulu dia dedahkan bekas kerabat Selangor, sekarang negeri Johor pulak. Ada sekejap tu jadi ahli nujum pak belalang, main tafsir mimpi haha. Nasib dia pun tak tahu, nak tafsir nasib orang lain. Tak lama lagi aib dia pula terdedah. Tengoklah umur dia dah 46 tapi makwe dia umur 26 tahun. Ish budak muda bolehlah dia tipu.

Anonymous said...

hahaha...muka gabra....macam mat pet jee gaya....koono macam macho & beerani tapi bila kena cekup ngan polis terus telur hilang.

Muka stereotypye samsing kampung dusun dah kena baru nak buat muka kesian....penakut juga samsing nih, ingat hati kering sangat.....

hahaha

Anonymous said...

Sebagai orang Islam, orang melayu dan duduk di Johor sendiri, saya tidak memihak sesiapa, uncleseeker mahupun kaum kerabat Johor. saya tahu kabanyakakkan maklumat-maklumat ini sebelum blog tersebut dikeluarkan dan tidak sangka banyak persamaan. apa yang didedahkan hanyalah untuk kebenaran dan terpulang kepada budibicara masing-masing untuk menentukannya. bagi saya banyak juga kes, kejadian dan salah guna kuasa pada kaum kerabat johor ini tetapi ramai buat diam sahaja. uncleseeker seorang yang berani sampai beliau tidak beselindung langsung semasa menguploadkan maklumat di blog. tetapi yang tidak bagusnya uncle ni, kalau nak berblog dan upload bahan-bahan berkenaan tidak perlulah biadap, kasar, mencarut, menghina dan menyumpah. itu saja yang tidak bagusnya.

Anonymous said...

Cikgu"S":

Dia ni nak cari pablisiti se sen dua aje. Kalau nama naik kan rasa megah.Tak kiralah naik baik atau naik buruk.Janji nama naik dan muka masuk surat khabar.
Saya cadangkan mana2 pihak sama ade akhbar bercetak,elktronik ,blog,you tube atau ape saje jangan promosikan dia lagi.Nanti cotang nye naik tinggi. Tinggalkan dia biar jadi hampas begitu saje.
Lagi pun dia ni sape nak lawan Sultan? Dia hanye layak menjadi hamba pencuci kasut aje.
Okey,adios garinggo!

Melayu Raya said...

Jin2 dan hantu setan melompat2 riang gembira dan gegak gempita sebab sipenjerat hantu tunjuk gelemour ni dah pun ditangkap !!

riezal said...

buka mata buka minda...

Powered by Blogger.