Jul 4, 2012

BN SELANGOR BERANI MATI LANGGAR SAMAN - LAPOR SPRM KES ROMPAKAN KHALID GAGAP!!








Barisan Nasional (BN) Selangor akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan penyelewengan bernilai RM1 bilion oleh kerajaan negeri Selangor dalam urusan penyelesaian hutang sebuah syarikat senaraian awam.

Setiausaha BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata pihaknya bersedia membuat laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial polis dalam masa terdekat berhubung perkara sama jika difikirkan perlu.

"Kita punya penyelidik sedang mengkaji maklumat tentang perkara ini mengenai penyelesaian hutang itu.

"Terdapat banyak transaksi yang diragui dan boleh dipersoal bagaimana kerajaan negeri membelanjakan wang besar membeli hutang syarikat itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Rabu.

Di samping itu, Mohd Zin yang juga Penyelaras BN Selangor bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan saman oleh Kerajaan Selangor berhubung pendedahan mengenai urusan penyelesaian hutang syarikat senaraian awam itu yang berjumlah RM392 juta.

0 comments:

Powered by Blogger.