Jul 9, 2012

BEKAS KETUA HAKIM NEGARA DEDAH AGENDA DI SEBALIK KES LIWAT II ANWAR..!!








Semua pihak perlu menghentikan tuduhan yang mendakwa badan eksekutif campur tangan dalam urusan badan kehakiman di negara ini, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Beliau menegaskan ketika menjadi Ketua Hakim Negara bermula tahun 2008, Perdana Menteri atau menteri kabinet lain tidak pernah campur tangan atau bertanya tentang kes-kes yang berjalan di mahkamah negara ini.

"Hubungan yang ada antara saya dan Perdana Menteri adalah semasa proses pelantikan hakim, belanjawan untuk badan kehakiman atau urusan lain seperti dalam perlembagaan.

"Jangan sesekali tuduh badan kehakiman tunduk kepada badan eksekutif. Ini terbukti oleh fakta, beberapa kes dalam sejarah, kita tidak memihak kepada badan eksekutif," katanya ketika berucap menutup bengkel khas Penggubalan Undang-undang Negara di Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Zaki bersara daripada badan kehakiman ketika berusia 66 tahun pada 12 Sept tahun lepas.

Beliau memberikan contoh kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Jika ada campur tangan sudah tentu mereka (badan eksekutif) mahu Anwar disabitkan dalam kes itu bagi menghalang dia daripada buat masalah kepada badan eksekutif," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Zaki yang juga Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam berkata lebih 90 peratus daripada kira-kira 1,000 maklumbalas diterima suruhanjaya itu melibatkan kenaikan gaji serta elaun kakitangan awam.

"Kita tidak menafikan keperluan kenaikan gaji ini, namun apa yang lebih penting bagaimana kita hendak menambah baik perkhidmatan awam supaya mampu memberikan hanya yang terbaik untuk rakyat.

"Sekiranya perkhidmatan awam lebih baik, lebih cepat dan tepat, kos pengurusan ditanggung kerajaan berkurangan. Jika kos kurang sudah tentu ada ruang dalam belanjawan untuk naikkan gaji, kakitangan awam perlu fikir begitu," katanya.

15 comments:

Anonymous said...

mcm mana nak naik gaji??? pukul 9 pagi masih kat canteen... itu x masuk bab jadi penyokong pembangkang lagi..kutuk kerajaan bagai nak gila....cukup bulan ambik gaji & elaun....muka setebal kulit babi...tapi ni jenis babi pakai kopiah lar...

refuseresist said...

setuju!! kerja malas..mrmbangkang x tntu pasal..

Anonymous said...

Betui sngoti. Demh tu rasakan hebatlah katan..

Anonymous said...

itu bab pukul 9 masih kt kantin..ada pulak tu pukul 12 balik ambil anak sekolah..pukul 2 anta anak gi sekolah agama pukul 3 bru masuk pejabat..pukul 4.30 dah hilang! ni antara pengamatan aku yang selalu berurusan dgn segelintir kakitangan awam yang merosakkan nama jabatan

Anonymous said...

CSL VS LGE..

DUA DEBAT DALAM MASA LIMA BULAN.. APA YANG DAPAT DIPELAJARI.. ADA PERUBAHAN POLISI DAN SEBGNYA KE.. ATAU MEMBUANG MASA SAHAJA.. MASING MASING SYOK SENDIRI TERUTAMANYA LGE.. BACA TEKS CERAMAH.. BAGI PROMOSI FREE AJE..

PERLUKAH DEBAT ANTARA NAJIB DAN ANWAR.. RASA LEBIH BUANG MASA SAHAJA.. NANTI ANWAR BOLEH CLAIM MACAM MACAM YANG DIA HENDAK BUAT JIKA DAPAT KEPUTRAJAYA.. TAPI YANG LEBIH PENTING APA KERAJAAN BN TELAH BUAT..

BUKALAH MATA.. DEBAT BUANG MASA.. ACTION LEBIH PENTING... NAK DEBAT TUKAR POLISIS TEMPATNYA DALAM PARLIMEN..

Anonymous said...

bernas bagi mereka yg mahu menggunakan akal lebih dr emosi...

Anonymous said...

Orang macam ni tak hairanpun.... tengok orang lain semua tak betul... tengok orang lain semua disondolnya. Tak sondol apanya sbb memang keturun an babi dari jenis PR (Perangai Rakus).

Anonymous said...

itu lah org melayu

SUARA RAKYAT KUNAK said...

kENAIKAN gAJI ADALAH HAK rAKYAT, rASUAH ADLAH HAK PEMIMPIN bn/umno?? KERAJAAN BERHUTANG RM583 BILION, KERANA KEBODOHAN PEMIMPIN BN, TIDAK PANDAI MENTADBIR NEGARA..

Full Version Games said...

Thanx for sharing all these wonderful Posts and Blog.I really like them and looking forward for the newposts.You can Download Games ,Free Pc GamesFree Movies, Blogger Templates , Free Pdf Books and much more from myrealfun.

Anonymous said...

Untuk suara kunak....itulah masa sekolah dulu tak nak belajar ..kan bila dah besar..tak pandai pandai..
kesian... bila bodoh salahkan orang lain... nasib..nasib...nasib

Anonymous said...

@suara kunak. hutang isirumah tu hutang kerajaan ke? pakai kad kredit, beli perabot secara ansuran, beli rumah, beli kereta, hutang untuk beli saham etc. rm581 billion tu hutang isirumah. Bukannya hutang kerajaan. @suara kunak baca buku makroekonomi dalam bahasa inggeris lepas tu tengok kamus dapat terjemahan household debt sebagai hutang kerajaan (government debt) yek. fuyoooooooooooooooooooo....... dahsyat aaaa suara kunak punya dictionary. ada lebih tak? nak beli gak. best wooo ada kamus translate istilah jadi benda lain nie. Macam main cryptography plak. Muahahahahahaahahahaahahha.

reza said...

Kunak,kan sudah trserah kbodohan kau.org2 pr mmg bangang.

Anonymous said...

bodoh nya manusia seperti korang nie pandai ckap ..otak tak ada ..apa nak di bangga kan ..itu semua kuasa allah ...kau mati esok kubur masing2 jugak ..tak payah nak agung kan sesiapa ..bukak mata besar2 sikit .....????bodoh punya bangsa melayu macam korang nie .....kau dudok pun dekat bumi nie tak lama ...kau mati esok campak masuk liang lahat jugak , bukan nya bn bagi kau kubur mewah ....

Anonymous said...

Kebodohan kakitangan kerajaan menjadi-jadi apabila dasar 'baru' SPA yang lebih gemar mengambil penganut Isle dan ahli surga berkhidmat.Dalam pejabat mereka kuat bersuara.Pengarah pun 2x5.

Powered by Blogger.