Jul 16, 2012

BEKAS CEO SIME DARBY DITAHAN SPRM..!!








Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Berhad yang disyaki terbabit dalam kes penyelewengan syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, individu yang ditahan pada 11.55 pagi di SPRM Jalan Duta itu merupakan antara mereka yang terbabit dalam projek pertanian pembangunan tanah adat di Sarawak, yang pada waktu itu adalah Presiden dan CEO syarikat berkenaan.

Beliau dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan akan dituduh di mahkamah esok, katanya dalam satu kenyataan.

Mustafar berkata individu itu disyaki melakukan pecah amanah di mana beliau telah gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang bagi pengesahan ke atas penganugerahan tanah adat bumiputera yang menyebabkan Sime Darby Berhad kerugian sebanyak RM85,023 juta dan RM16,816 juta.

Katanya, bekas CEO itu dikatakan tidak memaklumkan di mana beliau telah terikat di bawah undang-undang kontrak untuk melindungi lembaga pengarah bahawa kelulusan tanah hak adat bumiputera kepada Sime Darby Berhad telah sebaliknya dianugerahkan kepada syarikat ketiga dan dengan pengetahuan bahawa ia boleh mendatangkan kerugian kepada Sime Darby Berhad.

"Projek yang dijalankan dengan kerjasama di antara syarikat GLC tersebut dengan sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri itu mengalami kerugian melebihi RM100 juta," kata Mustafar.

1 comments:

ismaizaz said...

gaji dia sebulan lebih RM50000 .... macam barua ...

Powered by Blogger.