Jul 4, 2012

BAPA SAIFUL BUKHARI HERET MAHKAMAH PAPAR KEBENARAN SUNDAL ANWAR..!!








Pejabat Peguam Negara diminta supaya mengemukakan petisyen rayuan terbaik demi keadilan untuk pengadu kes liwat membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam kenyataan yang disiarkan di blog pengadu pada Rabu, ayah beliau, Azlan Mohd Lazim, 58, berharap agar petisyen rayuan itu sempat difailkan oleh barisan pendakwaan dalam masa kurang sepuluh hari lagi sebelum tempohnya berakhir.

"Apa yang penting adalah agar Peguam Negara mengambil pertimbangan yang sewajarnya dalam memfailkan petisyen rayuan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, yang kini saya percaya tinggal kurang daripada sepuluh hari sahaja lagi.

"Saya dan keluarga amat yakin dengan kepakaran pihak Peguam Negara dan barisan pendakwaan dalam mengenal pasti alasan-alasan bagi menyediakan satu petisyen rayuan yang terbaik," katanya dalam kenyataan tujuh perenggan di http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com. 

Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa mengeluarkan alasan penuh penghakiman kes liwat membabitkan anaknya dan Anwar.

Alasan Penghakiman tersebut dikeluarkan enam bulan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya.

Pihak pendakwaan mempunyai masa selama sepuluh hari selepas menerima alasan penuh penghakiman kes itu.

Mengulas lanjut Azlan berkata, pihaknya percaya hak anaknya sebagai seorang warganegara untuk melalui proses rayuan tidak akan dinafikan.

"Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya diadili sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Peguam Negara," katanya.

Pada Selasa, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) Datuk Kamaludin Md Said berkata pihak pendakwaan mempunyai masa 10 hari dari semalam untuk memfailkan petisyen rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata pihak pendakwaan menerima penghakiman bertulis setebal 80 muka surat itu bersama-sama dengan rekod rayuan yang lengkap oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Kamaludin berkata pihak pendakwaan akan meneliti rekod rayuan itu sebelum memfailkan petisyen itu.

Pada 20 Jan, AGC telah memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan liwat itu.

Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pada 9 Jan, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah melepaskan dan membebaskan Anwar, yang dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 64, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

2 comments:

Anonymous said...

Dari jauh saya tiupkan semangat agar keluarga Saiful tidak berhenti menggunakan semua cara yang bolih untuk mendapatkan keadilan, apapun alasan penghakiman tentu keluarga Saifulbmempunyaai keyakinan yang tinggi untuk membersihkan nama Saiful dan masa hadapanya.

Hakikat dunia hari ini penuh dengan cabaran dan permasaalahan untuk mendapat keadilan. Ramai yang bersimpati namun hukum alam orang kecil tetap tidak mendapat kesampurnaan seperti mereka yang berkuasa.

Anonymous said...

Semoga Allah berkati usaha Saiful dan keluarganya dlm mencari keadilan dan bersihkan namanya...

Powered by Blogger.