Jul 3, 2012

ANWAR PIMPIN MISI MCA & DAP BERSATU TOLAK HUKUM HUDUD..!!?








Kelihatan isu Hukum Hudud kembali gamat susulan kenyataan ADUN UMNO dari Johor mencadangkan agar ianya dilaksanakan di Negeri tersebut. 

Apapun alasannya, ianya membuktikan UMNO sama sekali tidak menolak Hukum Islam itu akan tetapi berpendirian ianya masih mesti direalisasi secara toleransi di samping menghormati Agama2 lain yang juga merupakan warganegara Malaysia.







Pendirian tersebut kini diperakui PAS malah dicanang di setiap Ceramah2 mereka walhal satu ketika dahulu Puak2 PAS sanggup Mati Syahid dalam memastikan Hukum tersebut dilaksanakan. Apa yang berlaku kini adalah disebabkan penglibatan besar pengaruh2 Anwar yang digelar Parasit PAS menyebabkan maruah PAS tenggelam dalam perjuangan sebenar Islam.

UMNO dan PAS sebenarnya mampu bersatu demi perpaduan Ummat berdasarkan respons yang diberikan Pimpinan Ulama' Parti tersebut. Hudud yang membolehkan bersatunya kedua2 Parti mewakili pengundi Melayu dan Islam.






Pendirian UMNO mengamalkan rasuah dan korupsi yang cuba dijadikan slogan PKR wajar dibuang. Ini kerana ianya bukan sekadar tuduhan malah penglibatan rasuah itu bukannya menjadi simbolik dalam mana2 parti politik akan tetapi melibatkan individu yang menceburi bidang tersebut.

Mengapa UMNO sahaja dijadikan sasaran? Kerana UMNO Pemerintah. Walhal dalam PKR dan PAS sendiri berlaku gejala ini. Akan tetapi pimpinan tertinggi kedua2 Parti ini yang dikuasai Puak2 Pro Anwar yang menjadi tulang belakang merealisasi impian Ketua Pembangkang itu memegang takhta Perdana Menteri Malaysia.

Muzakarah PAS dan UMNO untuk bekerjasama dalam soal perlaksanaan Hukum Hudud mesti diadakan. Fokus utama dalam melaksanakan di beberapa buah Negeri yang majoriti penduduknya adalah Islam. 

Setelah dipersetujui bersama, ianya disusuli dengan perbincangan bersama komponen masing2. Dalam soal ini, UMNO dan PAS mesti tegas dalam menyatakan pendirian tersebut.







"Mengapa baru sekarang nak bincang? UMNO sebenarnya anti Hudud? Lihat Kelantan?" Sejarah lampau dijadikan serangan Parasit2 PAS menidakkan kerjasama ini berlaku. Jika betul mereka berpendirian dalam merujuk sejarah politik, mengapa mesti diterima individu seperti Anwar Ibrahim. Bukan sahaja diterima malah dipuja diangkat bakal Perdana Menteri Malaysia.

 Anwar sekadar Pemimpin berbangsa Melayu yang tidak berpendirian teguh dalam memperjuangkan hala tuju politik. Ini fakta yang jelas dapat dilihat mengikut sejarah politik beliau sendiri.

Sekitar 1970an beliau menjadi ekstrimis Islam. 1980an dan 1990an menjadi Ekstrimis Melayu. Hari ini pula bertukar menjadi Liberal Islam dan Melayu. Belum dibuka kisah sejarah politik peribadi Anwar. PAS tahu akan hal ini. Malah serangan ini dilakukan dalam memastikan Anwar tidak diangkat menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Kini?

Hendak bicara soal kepentingan politik tidak salah. Akan tetapi salah jika Islam dicanang bertopengkan matlamat agenda politik kotor akibat dari pengaruh luar yang dahulu dipandang sebagai pemusnah masa depan Agama seperti Anwar ini.






Lihat video di atas. Lihat bukti video tersebut yang mempamerkan persahabatan dan kasih sayang Hadi Awang terhadap Najib. Mengapa Hadi Awang mesti memberi respons sedemikian terhadap seorang yang dituduh terlibat dalam pembunuhan Antaltuya dan merancang tuduhan2 seks Anwar? Atau Hadi Awang antara pimpinan Ulama' yang tidak percaya akan tuduhan tersebut?


Hentikanlah serangan lampau wahai puak2 PAS. Ianya boleh berlaku.  Malah ianya sendiri dicadangkan Pimpinan Parti tersebut. UMNO balas dengan hati terbuka. Buang kepentingan politik peribadi. Kerana objektif utama pelan ini adalah lebih besar dari itu. Jadi jadi bacul Wahai puak2 Pro Ulama' PAS.

Mungkin hari ini kita tidak nampak kesan besar negatifnya pengaruh Politik Islam dan Melayu. Mungkin hendak tunggu hari 'bersejarah' tumbangnya Kerajaan dimonopoli Islam dan Melayu berlaku, baru hendak bicara soal Kerajaan Perpaduan.







Dan mengapa perbincangan ini dilihat Rasis Ekstrim? Kerana Islam bukan Agama Ekstrim. Pentadbiran yang diketengahkannya juga tidak ekstrim. Cina dan India tidak perlu gentar akan pengaruh Islam dan Melayu. Kerana Malaysia berbeza dengan Negara2 di luar sana. Dan menjadi peranan Kerjasama UMNO/PAS ini dalam membuat rundingan perbincangan menerangkan isu ini kepada Parti Politik Cina.

Disini nampak DAP agak sukar menerima perlaksanaan ini. Dari dulu, kini dan akan jadi selamanya.

MCA tidak dilihat sedemikian sebelum ini. Kini baru dilihat agak keras dibawah kepimpinan pimpinan Chua Soi Lek. Kenapa? Faktor kepentingan politik semasa. Kepimpinan MCA mesti ditukar sebelum melarat.

Hanya Pemimpin yang 'lahir' dari kekuatan pengaruh Negara luar seperti Anwar sahaja yang bakal mencetuskan ketegangan ini.

Maka? Singkirkan sahaja pengaruh Anwar. Dengan strategi hasil rundingan 2 Parti yang memegang kuasa besar pengaruh masyarakat Islam dan Melayu.

 PS : Tidak terkejut apabila MCA dan DAP bersatu dalam menolak Hukum Hudud. Kerana pengaruh dan kuasa politik Cina bakal mengatasi kita. Salah siapa? Salah Pemimpin Cina atau salah Pimpinan Islam/Melayu?



0 comments:

Powered by Blogger.