Jul 22, 2012

AMARAN 'RAMADHAN' PAS PUSAT - TINDAKAN DISPLIN PIMPINAN PARTI ARAH KELAB MALAM DITUTUP..!!








"Membangun Bersama Islam." Slogan dan karamah laungan PAS satu ketika dahulu yang mencerminkan janji pemerintahan yang bakal dibina mereka jika diberi kuasa tampuk pemerintahan. Sehingga menjadikan ianya sebagai syarat untuk menerima Kerajaan BN iaitu Islam sebagai landasan utama Pemerintahan.

Entah apa yang 'kafir dan munafiq' pemerintahan BN ini sehingga diludah PAS begitu sahaja pada ketika itu.

Malah dijadikan bahan kempen penolakan BN menerusi ceramah2 mereka mendakwa UMNO mengamalkan pemerintahan kafir kerana terus membiarkan Kelab2 Malam beroperasi di Negeri2 seperti Selangor terutamanya. Sehingga digelar Selangor Darul Maksiat.


Walhal bukan UMNO semata2 memegang tampuk kuasa Negeri, akan tetapi di bawah payung BN yang turut bersama MCA, MIC, PPP dan Gerakan.

Kini PAS di Selangor bukan sahaja tidak mampu mengurangkan lesen perniagaan Kelab2 Malam di Negeri tersebut, malah bertambah dan lebih mengaibkan, mempertahankannya atas alasan hubungan setiakawan bersama DAP. Lebih memalukan alasan ini turut diberikan yang sama pada bulan Ramadhan.






Pimpinan PAS Pro Ulama' Negeri tersebut tidak lagi berani tampil membuat sebarang tegutran berkenaan isu tersebut sejak peristiwa pemecatan Hasan Ali.

Begitu juga nasib di Kedah yang diterajui 90% pentadbiran Negeri di bawah PAS turut gagal melaksanakan apa jua janji 'Membangun Bersama Islam' setelah menarik semula penutupan sementara Kelab2 Malam di Negeri tersebut pada bulan Ramadhan tahun lalu. Ianya tidak dapat dilaksanakan setelah DAP Negeri membuat bantahan keras walaupun tidak memegang apa2 jawatan dalam pentadbiran Negeri.





Tiada lagi cadangan yang sama dikeluarkan dari pihak MB Kedah seperti tahun lalu setelah pemerintahan beliau dipantau sebuah jawatankuasa yang diberi nama 'PEMANDU' yang memantau sebarang kenyataan dan tindakan beliau yang menggugat hubungan Pakatan.

Jikalau ini berlaku berterusan, di mana janji PAS yang mahu melaksanakan Dasar Islam dalam pemerintahan Kerajaan? Bilakah janji yang mereka canang mahu menutup Pusat2 Hiburan yang membawa maksiat di Negeri pemerintahan mereka? Paling tidakpun dikurangkan? Tiada. Mereka hanya menyambung perlaksanaan yang dibawa Kerajaan BN terdahulu yang didakwa mereka sebelum ini mencerminkan pemerintahan sekular dan munafiq.

Apa perubahan berlandaskan Islam PAS? Hanya sogokan wang elaun kenaikan gaji Imam dan penambahan peruntukan Majlis Agama Islam sepertimana yang dibangga2 kan Mat Sabu dan Anwar di Negeri Penang? Yang membawa gelaran Umar Ibnu Abdul Aziz dari seorang Pemimpin bernama Lim Guan Eng.





Sogokan tersebut akhirnya disentak setahun selepas itu dengan arahan penguatkuasaan larangan menggunakan pembesar suara untuk bacaan ayat2 suci Al Qur'an dan Ceramah2 Agama di Rumah2 Ibadah Islam di Penang. Ianya dihadkan hanya sekadar laungan azan mengikut ketetapan dan syarat mengikut jarak bersesuaian.

Penghinaan PAS terhadap dasar Islam yang diterapkan dalam Pemerintahan Kerajaan BN akhirnya memakan diri mereka. Lebih malu kerana mereka menjaja Islam sebagai Addin perjuangan parti. Kini terpaksa menukar slogan kepada 'PAS untuk Semua' bagi menutup aib sendiri. Mereka kini hanya mampu memandang 'hubungan perniagaan' rakan DAP bersama taukey2 Kelab Malam meluluskan perlesenan tersebut.

Benarlah kata Lim Guan Eng, "DAP lebih rela bekerjasama dengan PAS daripada UMNO walaupun PAS memperjuangkan Hudud." 






Kini Rasuah pula menjadi penyebab 'terbaru' PAS menolak Kerajaan BN. Persoalannya, Adakah PKR mahupun PAS sendiri benar2 bebas dari amalan tersebut? Berbeza dengan UMNO, kedua2 Parti ini tidak mengambil langkah siasatan secara serius dalam menangani amalan rasuah dalam parti walaupun telah dilaporkan beberapa Pemimpin parti masing2.



7 comments:

Anonymous said...

korg x blaja islam jgn mudah2 bg hukum....
kne la tgok pd fiqh awlawiyat plak....korg paham ap tu awlawiyat???
haa...paham g blaja dlu, baru kutuk....

bab bace al-quran guna pmbesar suara plak...mmg la xboleh kalu masyrkt rase terganggu...azan je boleh dilaungkn....tp kalu masy stuju ceramah n bace al-quran guna pmbesar suara...silakn....inilah harmoninye islam....

ko kne paham bnde2 camni....jgn pakai tulih je....(o_0)

QalamQabut said...

Ini orang bodoh nak tanya: kenapa lesen hiburan kat Kedah makin bertambah? Mungkin isu ni pun ada dalam fiqh awlawiyat.

Orang bodoh nak tanya lagi: Adakah bohong Ustaz Azizan saham FGVH PKNK dan bohong Ustaz Nasruddin Tantawi pasal Karpal mendapat pahala? Jika tidak, apa dalilnya?

Mungkin anon kat atas boleh tolong jawab.

Anonymous said...

Pelik bunyinya alasan juak pengangkang ni.. Masa Gerakan memerintah PP dulu takde pulak larangan ini... kini bila kafir harbi memerintah terus mereka tunjukkan bisa mereka terhadap agama. Apa punye leceh weh, sekutu punya pasal semua dibolehkan. So kalau ikutkan alasan ini PAS pun jangan guna pembesar suara dalam ceramah politik di kawasan markas mereka kerana mengganggu masyarakat di kawasan berhampiran. Ada lagik ka?

Anonymous said...

Jadi sekarang ni pun PAS dah lupa pasal ape ke jadahnya awlawiyat tu.. Tak kurang tapi lebih dari apa yeng dibuat oleh BN.. Jangan jadi munafiq macam PAS.. Cakap tak serupa bikin tapi lagi lebih ada,. Menidakkan segala kemungkaran dan mengunakan image islam untuk berselindung.. Tak payah nak guna nama atau ajaran islam kalau tak mampu nak laksanakan.. Buat dulu kat selangor dan kedah.. Baru cerita penang... Itu pun tak mampu..

Anonymous said...

hentam biar kau-kau sikit..... hentam sikit-sikit tak jdi apa, puak-puak yg mpralatkan Islam ni, biar sedo sikit... blajo tak setara mana kononnya dah hebat brckap bab agama..... puak-puak dia je yg betul, walhal terang2 salah....

Anonymous said...

puak2 nie hanya berguru dgn tok2 fahaman PAS je...tu yg tk dpt nk buat penilaian dan analisa...malang sungguh puak2 nie...kesian

usin said...

awlawiyat ke apa ke, ni aku nk tanya anon atas sekali. masa penang di bwh pemerintahan gerakan (bn), takde pulak larangan menggunakan pembesar suara bagi ceramah dan bacaan al-Quran sebelum subuh. kenapa semasa dap memerintah, larangan ini wujud? tak nampakkah bahawa bukan Islam sudah mula menikam Islam melalui berbagai peraturan pelik dan disokong oleh penganut pelik Islam? jawab mengikut kehendak soalan berpandukan 2 zaman pemerintahan!!!

Powered by Blogger.