Jun 10, 2012

ZAINUDDIN MAIDIN SALAHKAN TUNKU & MAHATHIR PUNCA MAUT BAWA UMNO..!!?







Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa banyak pihak tidak menyedari bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan "kesilapan besar" semasa menyandang jawatan perdana menteri iaitu masing-masing dalam kes Singapura menyertai Malaysia dan membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan dan Umno.

Wartawan veteran dan bekas Menteri Penerangan itu berkata, tindakan Tunku Abdul Rahman membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia pada 1963, yang mana turut sama membawa bersamanya dasar 'Malaysian Malaysia' telah memberikan kesan kepada negara.

Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian.

Dalam pada itu, Zainuddin juga mendakwa Dr Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga satu kesilapan kerana tindakannya yang dikatakan memporak-perandakan perpaduan bangsa.

"Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.

"Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut  sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporakperandakan perpaduan bangsa," katanya lagi.

Dr Mahathir memecat Anwar pada September 1998. Ketika dipecat, Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Di sebalik kesilapan Tunku dan Dr Mahathir mempunyai terlalu banyak tugu-tugu jasa yang mereka bina bagi melindungi kelemahan mereka," kata beliau yang dipetik dari entri blognya.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata, "tercatit sebagai sejarah mulia, dengan sokongan kuat seorang nasionalis rakyat, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Dr Mahathir dengan berani menunjukkan kuasa rakyat bila maruah mereka mula terjejas dengan mengingatkan raja-raja tentang Raja Berperlembagaan demi untuk mengikis feudalisme."

Beliau yang turut memuatkan kenyataan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama berkata, walaupun berketurunan diraja, beliau tetap menyedari kuasa rakyat yang disebutkan dalam tulisannya.

"Ketika itu beliau berada dalam krisis dengan Sultan Selangor dan juga dengan abangnya Sultan Kedah. Saya akan mendedahkannya dalam ruangan Z fail di blog ini," katanya.

Zainuddin yang mula aktif sebagai blogger menggunakan moto 'Setiakawan Demi  Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan' memaparkan tiga ruang utama pendedahan maklumat untuk dikongsi dengan rakyat sepanjang penglibatan beliau sebagai wartawan sehinggalah menjadi seorang menteri Kabinet.

Antara ruangnya Z fail, Pintas dan cerita Zam merupakan rangkuman daripada pengalaman kewartawanan yang dilalui yang telah diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1980 bertajuk 'Pertama dan Terakhir'.

8 comments:

Anonymous said...

Zainuddin ni jenis suka ulas sesuatu ikut maksud dan citarasa sendiri....
Cukuplah...cari tempat dgn cara ini..

Isu kemasukan Singapura nak dikelirukan..British melihat Singapura berpotensi jatuh pada Kominis jikalau tidak bersama Tanah Melayu...sebab Asia Tenggara dikuatiri Ancaman Ideologi Komunis apatah lagi populasi Singapore majority Cina yg masih tebal semangat China ketika itu...
PM Tunku diminta dalam paksa atas Pertahanan Demokrasi di Asia Tenggara dari ditelan Kumintang.... Olih kerana gabungan dgn Singapura menjadikan majority melayu menurun maka Tunku bagi term yg Sabah..serawak dan Berunai disertakan agar majority Bumiputera meningkat... malang Berunai tak jadi sebab tertentu.... Begitu pun Singapore disingkir sebab sebab yg bolih meranapkan structure politik perikatan diSemenanjung dan diSarawak ketika itu,
Tindakan Tunku adalah terbaik dalam senerio ketika itu.....

Bab ambil Anwar masuk UMNO bukan kesilapan Tun M. walaupun punyai banyak option lain untuk kukuhkan Umno ketika itu. Kelebihan yg Tun nikmati... Pas dikembirikan anwar dgn senang sebab Presiden Pas Fadil Noor liase dgn Anwar. Objectivenya nak sinarkan Imej Anwar dikalangan Umno...Sila imbas kembali.. banyak isu yg PAS mainkan jadi makanan Anwar dgn hebatnya..macam main sepak takraw Pas bagi boah tanggung untuk Anwar smash...Orang tertinggi Abim tau ini stratergy.. Namun dalam masa mereka main wayang..Rakyat memandang PAS Jumud dan Umno hebat..Jadi ketika itu Tun gunakan kekuatan Politik untuk membangunkan negara dengan pantas dan bolih menukar mind set rakyat...
Hanya apabila...akhir waktu pemerintah Tun... maka Tun menjalankan tanggung jawab meletakkan Penganti yg benar dan cerdik tidak game player untuk teraju Malaysia... Tun Dollah hanya sementara saja.
Jadi Anwar sabenarnya sengaja diberi tempat atas sifatnya yg suka buat kacau dari dulu lagi...
macam budak kuat nanggis diberi permainan..supaya jagan ganggu mak nak masak...lepas masak mak ambil semula sebab budak ni tak tau hargai permainan tu.....

Kalau Zainuddin nak menulis biarlah tulisan tu punyai cerita tersediri...bukan pakai cerita orang dan bagi tafsiran sendiri untuk maksud sendiri yg arif,,

Hperancis

Anonymous said...

Zainuddin orang biasa yang dengan kejayaan biasa memang enak mengulas orang lain.

Apakah kejayaan Tengku dan Mahathir yang lebih dari Zainuddin.

Kalau besar pun kesalahan tapi Malaysia masih utuh adakah itu kesalahan besar?

Sekiranya tiada apa apa berlaku. Singapore tetapi Singapore tetapi Anuwar yang popular itu akan masuk PAS! Jadi singa PAS.

Adakah sampai kini Malaysian Malaysia berjaya?

Adakah ada apa apa kehancuran yang besar Anuwar bawa kepada negara?

Orang tak sekolah tinggi cakap tiada aliran fikiran yang cerdas dan kemas.

Nak tunjuk dia hero. Memang orang yang tidak ambil risiko macam Zainudin adalah orang biasa yang bukan siapa siapa dan tiada nama.

50 tahun lagi orang tak tahu siapa Zainudin. Mamak teh ke? Manmak roti canai ke. Haram takkan ada satu jalan pun nama ni.

Anonymous said...

Apa Mahathir tidak salah,tidak cerdik,tiada pilihan,tiada calun lain dan tidak ada orang lain yang lebih lebih layak lagi apabila melantik zainuddin maidin ni sebagai menteri penerangan. Tidak rosak dan musnahnya fungsi kementerian penerangan ketika itu di mata dunia? Kriteria istimewa bagaimana Mahathir lihat zainuddin maidin boleh menerajui kementerian penerangan ketika itu?
Jika setakat lawat semula sejarah Mahathir dan Tunku yang mana kedua duanya dipersekitaran yang berbeza dengan keperluan yang berbeza serta desakan hal yang berbeza dan kepentingan yang berbeza tak perlu cetek fikiran dengan menyempit jerumus dua perkara besar sebagai satu kegagalan besar untuk dipahat dalam sejarah.
Mengapa tidak lawatan sejarah semula betapa zainuddin maidin menaikki tahta kementerian penerangan bersenjatakan apa dan bagaimana? Meminjam kata kata nik aziz; “Nabi Muhammad saw berpindah dari mekah ke madinah berkehendakkan kerusi –Itu teori nik aziz” zainuddin maidin dapatkan kerusi kementerian penerangan apa pembaharuan, ciptaan dan inovasi yang diperkenalkan hingga terserlah kenalnya kementerian penerangan dimata dunia? Apa Mahathir salah bagi kerusi ke zainuddin maidin merengget minta kerusi?

Jangan tafsir sejarah disudut yang sempit lagi sempit menurut suka suka kamulah! Sejarah hanyalah perlakuan perlakuan manusia diwaktu itu dan dijadikan iktibar pula bagi pelaku pelaku baru. Napoleon Bonaparte cuba takluki Russia dengan bala tentera yang hebat. Malang baginya tidak sahaja berhadapan dengan tentera Russian tetapi juga iklim dan cuaca persekitaran telah menewaskan Napoleon. Begitu juga dengan Hitler dalam memperluaskan idea empayarnya menghadapi masalah yang sama. Apa Hitler tidak membaca ke punca kegagalan dan kekalahan Napoleon? Apakah zainuddin maidin rumuskan bahawa kedua dua pelaku sejarah ini melakukan kesalahan yang amat besar bodohnya,bebalnya dan dunggunya? Siapa sebenarnya yang lebih dunggu, penerima kerusi atau pemberi kerusi? Dan tidakkah zainuddin maidin sedikit sekelumit merasai bahawa anda juga menyumbang kepada kejatuhan dan hilangnya keyakinan masyarakat kepada UMNO? Hanya kerana anda nak jadi orang besar besar dalam sejara

Anonymous said...

bila tgk video bersih yang pertama di youtube, apabila zainuddin memberi ulasan kepada al-jazeera, sgtlah teruk..sehingga di jadikan modal oleh pembangkang semasa PRU12, menteri umno tak fasih english..

Anonymous said...

Zainudin perlu insaf yg dalam kewartawan dia dibesarkan ada terbawa..terikut ikut style Kajai dan Samad Ismail budi yg kecil tapi terlalu dinobatkan sebab nak adakan juga Tokoh untuk dunia Wartawan(Sepatutnya tak layak)
Mereka ini jenis oppurtunist yg ego..beradab Carut dan mono thinking..sengaja nak jadi ganjil agar dapat perhatian.. Kuat berperasan punyai fikiran tajam(Tapi kena main dgn LKY ..pengasa PAP yg tak dapat tempat selepas memenangkan PAP melalui kaum Boyan Singapura)Kenapa Zainudin tak nak Nukil hal peranan Icon dia ni tentang PAP Vs UMNO di Singapura mengakibat Singapura LKY bertindak melampau dan tuntut dari TAR ketika itu...

Ingat ...tak akan tinggi akal kalau kuat mencarut sebab tiada adab...jangan cuba banggakan hal ini !

Hperancis

Anonymous said...

Zainudin perlu insaf yg dalam kewartawan dia dibesarkan ada terbawa..terikut ikut style Kajai dan Samad Ismail budi yg kecil tapi terlalu dinobatkan sebab nak adakan juga Tokoh untuk dunia Wartawan(Sepatutnya tak layak)
Mereka ini jenis oppurtunist yg ego..beradab Carut dan mono thinking..sengaja nak jadi ganjil agar dapat perhatian.. Kuat berperasan punyai fikiran tajam(Tapi kena main dgn LKY ..pengasa PAP yg tak dapat tempat selepas memenangkan PAP melalui kaum Boyan Singapura)Kenapa Zainudin tak nak Nukil hal peranan Icon dia ni tentang PAP Vs UMNO di Singapura mengakibat Singapura LKY bertindak melampau dan tuntut dari TAR ketika itu...

Ingat ...tak akan tinggi akal kalau kuat mencarut sebab tiada adab...jangan cuba banggakan hal ini !

Hperancis

Anonymous said...

Inilah manusia nak jadi Melayu walhal keling sesat.

Anonymous said...

BETUL KE APA YANG DI TULIS OLEH TUN ZAM NI?? APA YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIK TULISAN DAN ULASAN DALAM BLOG NI?

Powered by Blogger.