Jun 3, 2012

UGUT JAWATAN PRESIDEN.. AZMIN ALI DEDAH STRATEGI JIJIK ANWAR AMAL KRONISME!!







"Itu sahaja peringatan saya. Saya tak mahu parti ini (PKR) mengamalkan amalan tidak sihat (amalan Kronisme dan Nepotisme)." Kata kunci yang diungkapkan Pemimpin Kontroversi No. 2 dalam PKR Azmin Ali menerusi Temubual bersama Malaysiakini.

Pada awal sessi temubual tersebut dilihat begitu berkeyakinan sekali dengan 'skrip' puji memuji kebesaran Anwar di dalam PKR. Akan tetapi ungkapan tersebut terkeluar juga dari mulut beliau sebagai penutup sessi temubual tersebut.






Ini jelas terbukti budaya Nepotisme di dalam PKR yang diamalkan Anwar sekeluarga sudah tidak diyakini. Malah Azmin secara jelas melihat komplot Wan Azizah selaku Presiden bersama anaknya yang juga merupakan Naib Presiden Nurul Izzah untuk mencantas beliau semakin jelas.

Maka 'ugutan' sedemikian dikeluarkan Azmin memberi isyarat kepada Anwar agar tidak mengangkat Nurul Izzah memegang jawatan Presiden walhal Azmin kini telah berjaya membolos jawatan kedua paling tinggi dalam Parti itu.






Puak2 PKR Anti Azmin kini sedang berang dengan tindakan beliau yang secara tiba2 menumpukan soal amalan Nepotisme dalam sessi temubual tersebut. Ini kerana isu tersebut tidak pernah ditimbulkan sejak penubuhan parti lebih dari 10 tahun dahulu.

Ianya seolah2 mengiyakan dakwaan pihak lawan berkaitan amalan kotor yang sememangnya dijadikan strategi utama Anwar menyelamatkan karier politiknya.




2 comments:

mohd. natar said...

... Does he know what does the word BERTAUBAT means?. He can carry on saying the word BERTAUBAT, BERTAUBAT and BERTAUBAT for a 1,001 times. But I doubt if he really knows what does the word really mean. After all he is just a Benggali with Indian slang and having a poor command of Bahasa Malaysia!.

Actions speak better than words. Just look at what he has done...

Anonymous said...

nampaknya asmin telah menjulurkan kepala untuk dipancung...!!!!!!!!!

Powered by Blogger.