Jun 3, 2012

TPM BERI WARNING - PRU13 PENENTU HIDUP VS MATI BN..!!







Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional  bahawa  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi penentu “hidup mati" politik perikatan itu.

Beliau ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan berkata, jatuh bangun BN akan ditentukan sewaktu PRU13.

Justeru beliau menuntut setiap ahli jenteranya memberi keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut.

"PRU kali ini adalah penentu hidup mati BN. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini.

"Sehubungan itu, saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," katanya ketika spekulasi menyebut PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

BN hanya menang satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Mac 2008.



3 comments:

Anonymous said...

Betullah seperti kata YAB PM,PRU13 adalah ibu segala pilihanraya.Jika BN tewas ia akan menjadi sejarah.

Semua rakyat terutamanya orang Melayu jangan perjudikan nasib dan masa depan anak cucu kita.Terus beri sokongan padu kepada UMNO dan BN.Jangan tertipu janji pakatan perosak rakyat.Ingat sekali kita buat keputusan yang salah,maka derita dan sengsaralah orang Melayu.

Anonymous said...

UMNO KALAH..BUKAN SAJA ORANG2 UMNO YG KALAH. KEKALAHAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAMMELAYU DI MALAYSIA INI TERMASUK PAS ATAU PKR.

SEBELUN JADI BUBUR FIKIR2KAN LAH.

Anonymous said...

Apa nak kira2 kehadiran ni, walaupun berratus ribu hadir, tapi dari dulu sehingga kini PAS menang tak pernah lebih dari 40 kerusi parlimen je dari 222 kerusi, tu maknanya PAS lemah dari UMNO dan jadi pengganti parti UMNO, malah kehadiran PAS dan PKR akan menjadikan Melayu lebih mengecil kuasa politik dan mungkin akan terus kehilangan kuasa politik sebabnya begini
1. PAS hanya akan menang 35 kerusi
2. PKR hanya akan menang 30 kerusi
3. DAP akan menang 50 kerusi
Jadi walaupun melayu ramai tapi berada dari parti berlainan, jadi DAP akan dominan, maka akan diusulkan Melayu DAP untuk menjadi PM yang membawa Edeologi DAP. Dapat je kuasa pada mereka kita tengokle bagaimana PAS dan PKR akan dilayan, mereka ni manis dimulut racun dihati, contoh dah ada macam kat Perak dulu 11 bulan je, tapi apa yang mereka buat, pandangan orang lain dia tak kira lantaklah ko melalak,sebab itulah Perak dapat balik kat BN sebab 2 Adun Melayu tak sanggup tgk bagaimana Perak di nodai oleh DAP, tapi orang Melayu tidak ambil panduan, masih lagi nak menyokong peranan DAP ke arah Persekutuan pulak. Melayu2 PR ni bukannya bodoh masing2 ada PHD, tapi herannya masih boleh di pengaruhi dengan fakta2 yang tidak betul oleh pemimpin mereka yang berniat hanya untuk mendapatkan Kuasa sahaja. Bacalah Harakah apa yang ditulis semuanya boleh dipertikaikan kebenaran faktanya, hanya andaian semata-mata tapi diambil sebagai benar oleh pembaca Harakah yang mungkin mengalami down sindrom agaknya bila menganut PAS

Powered by Blogger.