Jun 26, 2012

TERKINI - ISU TUDUHAN ISTERI ZAHID HAMIDI UGUT PRESIDEN P'SATUAN VETERAN TENTERA MALAYSIA!!








Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa isterinya menghantar SMS ugutan kepada Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Mohd Ali Baharom.

Menurutnya, beliau sendiri membaca SMS yang dihantar isterinya kepada Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai "Ali Tinju" dan menyifatkan ia bukan berbentuk ugutan.

"Isteri saya dengan Ali Tinju ini satu kampung dan kenal antara satu sama lain walaupun bukan saudara.

"Saya tanya isteri saya berapa SMS yang Ali hantar, dia cakap 16 SMS dihantar. Ali Tinju ini perangai, dia akan hantar SMS kepada semua orang, termasuk isteri saya. Jadi, isteri saya hantar SMS untuk nasihatkan Ali, tetapi Ali hanya petik satu ayat sahaja daripada SMS isteri saya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid turut menyangkal dakwaan Mohd Ali bahawa beliau tidak berada di Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini kerana bercuti di kem komando Mersing.

"Mana ada, dalam jadual saya tidak pergi pun ke Mersing pada tarikh itu. Jangan tipu media, jangan tipu rakyat. Kalau nak berkhidmat kepada bekas tentera, berkhidmat dengan jujur.

"Sekiranya dia nak buat demo secara aman, itu hak dia, saya serahkan keputusan pada dia," katanya.

Sebelum ini, Mohd Ali berkata PVTM menangguhkan rancangan untuk berdemonstrasi di hadapan Mindef  pada 29 Jun ini kerana Ahmad Zahid tidak berada di pejabat kementerian itu pada tarikh tersebut.

Katanya, berdasarkan risikan, Ahmad Zahid ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari.

Mohd Ali juga mendakwa isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis  juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Katanya, SMS ugutan itu berbunyi, "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau-bilau depan Mindef".

Mohd Ali memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM dan mengugut sekiranya gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat beliau.

Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.

Beliau turut menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.


2 comments:

Anonymous said...

Dulu dalam tentera ko buat hal.Bila dah tak boleh nak cari makan nak harap kerajaan suap lgi ka?Sendiri mau ingat la scoot.

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Powered by Blogger.