Jun 2, 2012

TERKINI.. HOSNI MUBARAK DIHUKUM PENJARA SAMPAI MATI!!







Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan berkaitan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan beliau awal tahun lalu.

Berita terbaru yang dikeluarkan Sinar Harian turut menjelaskan, 2 anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa, yang berhadapan dengan tuduhan rasuah juga hadir di mahkamah. Tuduhan ke atas mereka digugurkan. Beberapa pembantu Hosni juga dibebaskan.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adli, yang turut dikenakan tuduhan membunuh penunjuk perasaan, dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Pada Mei lalu, Habib didapati bersalah  atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, di mana ia membawa hukuman penjara 12 bulan.






Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas.

Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu.

Beliau didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan.

Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International.

1 comments:

Anonymous said...

Bush & Blair yang mengoebankan beribu umat di iraq masih bebas tak di hukum...Hosni di penjara seumur hidup..kerana mempertahankan kerajaannya dari perusoh2.Civilisasi barat yang jahil.

Powered by Blogger.