Jun 18, 2012

TERKINI - EX GABENOR BANK NEGARA DEDAH WANG BANK ANWAR RM3 BILLION..!!?






Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki berhubung dengan pengendalian akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperoleh Bernama, mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: "Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.





"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lalu itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu.


4 comments:

Anonymous said...

3 billions.. Berapa banyak tu.. Dua campur satu berapa.. Tiga.. Tapi cuba tanya budak anwar tu.. Billion tu banyak mana.. Mesti tak tahu punya.. Itulah tanda nya anwar dah songlap banyak duit rakyat..

Anonymous said...

Masa tu anwar dalam umno kan.. Kiranya kerja UMNO lah tu.. Bukan kerja Anwar..

Anonymous said...

Betul cakap TUN M... Anwar salah guna kuasa untuk tutup kes dia pada masa tu.. Itulah perangai anwar.. Bila orang nak sedar pun tak tahu..

Anonymous said...

200 juta dengan 3 billions.. Mana lagi banyak.. 200 juta tu adalah jugak lembu dan tahi lembu.. Ni 3 billion apa ada.. Anak haram shamsidar aje..

Powered by Blogger.