Jun 2, 2012

SUSULAN KEPUTUSAN SPRM... DR. MARIAH DESAK ZURAIDA MINTA MAAF DGN. SHAHRIZAT!!?







Keputusan siasatan oleh Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat dalam sebarang proses pemberian projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) serta pinjaman RM250 juta membuktikan kenyataan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat Dr. Mariah Mahmud adalah jelas dan nyata dalam memberikan pembelaan moral terhadap bekas Menteri Wanita tersebut.






Shahrizat sememangnya tidak terlibat langsung dalam sebarang urusan mahupun proses pinjaman Kerajaan melibatkan Projek NFC. Namun di sebalik kenyataan 'berani mati' Dr. Mariah pada awal kekecohan pertuduhan tersebut, beliau kini mungkin hanya tersenyum di belakang tabir dan tidak mungkin akan mengulangi 'kesilapan' lama itu yang hampir mengundang kejatuhan karier politik beliau.



Namun sudah pastinya, Dr. Mariah dan barisan Muslimat PAS Pro Ulama' pimpinan bekas Ketua mereka, Ustazah Nuridah Salleh mahu desakan dilakukan sekurang2 nya tanpa sebarang kenyataan media dibuat dari salah seorang individu yang menuduh pembabitan Shahrizat iaitu Zuraida Kamaruddin.

Mungkin 'skrip' yang sinonim digunakan Puak2 PKR terhadap UMNO dapat dijadikan alasan kononnya Shahrizat telah 'dirancang' bakal diselamatkan setelah akur meletak jawatan selaku Menteri Kabinet.






Namun bagaimana pula dengan kenyataan Dr. Mariah yang pernah mendakwa 'Tidak Adil jika Shahrizat diserang dan diaibkan walhal beliau bukan individu penting dalam tuduhan melibatkan NFC.'





Mungkin tiada lagi kenyataan  dari Ahli Parlimen PAS Kota Raja selepas ini susulan keputusan SPRM semalam. Tidak mengapalah. Kerana sememangnya ramai Ahli Muslimat PAS di peringkat Akar Umbi mendoakan kesejahteraan Shahrizat. 

Tipu? Mustahil? Dalam Politik tiada yang mustahil bro.


0 comments:

Powered by Blogger.