Jun 5, 2012

PASIR MAS.. NIK AZIZ TIDAK NAFI BAKAL TAWAR SEMULA TOK HIM B'TANDING TIKET PAS..!!?








Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali telah mengumumkan bakal kekal bertanding di Parlimen Pasir Mas pada PRU13 kelak. Itu sudah pasti kerana Tok Him sememangnya telah sekian lama berkhidmat di kawasan Parlimen tersebut.

Tidak dinafikan ada beberapa perkara dan pendirian beliau yang kurang dipersetujui, akan tetapi soal gelaran 'katak' akibat tindakan beliau mengkritik PAS adalah tidak releven sama sekali.

Bagi pihak yang tidak ketahui, keputusan Tok Him bertanding atas tiket Parti tersebut setelah mendapat tawaran dari PAS sendiri hasil rundingan bersama pada ketika itu. Tok Him menerima keputusan tersebut setelah melihat faktor bercanggahan beberapa pandangan beliau bersama kepimpinan Pak Lah pada ketika itu.

Lebih utama, PAS pada ketika itu tidak bersama DAP menerusi kerjasama Barisan Alternatif setelah parti pimpinan Karpal Singh itu bertindak keluar dari gabungan tersebut pada tahun 2001.




Sememangnya ada pihak termasuklah pemilik blog GR ini sendiri kurang bersetuju dalam beberapa isu dan soal pendirian politik Tok Him. Namun jika dilihat faktor keseluruhan perjalanan politik beliau, ketokohan dan perjuangan Tok Him dalam memperkasa pembangunan masyarakat Islam dan bangsa Melayu tidak boleh dipertikaikan. Waimah dari mana2 parti politik mahupun NGO yang beliau ceburi beliau ceburi. Prinsip tersebut tidak sama sekali berubah.

Jikalau benar PAS ada pendirian keji terhadap perjuangan Ibrahim Ali hari ini, kenapa orang ini ditawar bertanding di Pasir Mas atas tiket PAS pada PRU12 yang lalu? Bukan Ibrahim Ali menyertai dirinya selaku Ahli PAS. Akan tetapi sekadar menerima tawaran tersebut semata2.

Ada Pemimpin dilihat menyertai lebih dari 1 parti sepanjang kerjaya politik mereka, akan tetapi prinsip perjuangan tetap tidak berubah.

Tidak dapat dinafikan budaya sebegini kurang sihat.

Akan tetapi ianya lebih telus daripada melihat Pemimpin yang kekal bersama dalam sesebuah parti, akan tetapi prinsip utama perjuangan Parti tersebut pula berbeza2 mengikut situasi agar kepentingan kuasa diutamakan.

Dipendekkan cerita seperti pendirian PAS. Yang wajib dijadikan sunnah. Yang sunnah dijadikan harus. Lebih jijik lagi, yang haram dijadikan harus pula. Fatwa Agama meresap dalam politik kotor.

Yang mana 1 lebih jujur dalam berjuang untuk rakyat? Fikir..

Mungkinkah Nik Aziz bakal menawarkan kembali Tok Him sebagaimana yang berlaku pada PRU12 yang lalu? Nothing Impossible in Politics bro..
 

1 comments:

Anonymous said...

Nampak sangat TGNA ini memang Ulamak Politik.Tiada perinsip.
Tok Him kini Presiden Perkasa kena fikir 1000 kali dengan tawar TGNA ini. Kalau terima maknanya Tok Him pun bekerjasama 2X5. Lebih baik bekerjasama dengan UMNO.

Powered by Blogger.