Jun 30, 2012

PENDUDUK BERANG - MAHFUZ VS UST. AZIZAN REBUT WANG RUMAH KOS RENDAH..!!






Kerajaan Persekutuan kesal dengan kerajaan PAS Kedah yang tidak menunaikan janji untuk membina rumah kos rendah kepada rakyat setelah menang pilihan raya umum (PRU) 2008.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata beliau kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji yang ditaburkan kepada rakyat negeri ini.

 




Katanya walaupun pelbagai alasan yang diberikan seperti mahu mengubah pelan perumahan di beberapa daerah, namun ia hanya untuk menutup kelemahan kerajaan pembangkang itu.

"Empat tahun memerintah adalah masa yang agak panjang dan apabila PRU nak dekat baru mereka cakap nak buat," kata Chor kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penghuni perumahan Taman Uda di sini hari ini.

 




Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata sebelum ini kerajaan persekutuan tidak berhenti menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan negeri-negeri terutamanya di negeri pembangkang namun mereka tidak memanfaatkannya.

Katanya sehingga kini kerajaan negeri Kedah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak pernah meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah rumah kos rendah.

 



Kerajaan PAS Kedah sebelum ini didakwa gagal menguruskan tiga projek perumahan antaranya apartmen kos rendah Bandar Darulaman di Jitra, Bandar Sejahtera di Pokok Sena dan Bandar Tunku Puteri, Gajah Mati juga di Pokok Sena.

Sementara itu, Chor mengingatkan kepada bakal pembeli rumah agar tidak mudah tertipu dengan tawaran rumah oleh sendikit penipuan rumah.

Katanya beliau dimaklumkkan pemaju yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengumumkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bakal membina lebih banyak rumah kos rendah di bandar raya ini.


 




"Rakyat tertipu kerana beranggapan pemaju terbabit mempunyai hubungan dengan kerajaan negeri dan persekutuan sehingga ada pembeli rumah telah mengeluarkan wang pendahuluan yang tinggi," katanya.

Beliau berharap pihak polis akan melakukan siasatan dengan secepat mungkin dan menangkap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.

Pada 25 Jun lalu, seramai 16 pembeli rumah kos rendah sekitar bandar raya ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star kerana mendakwa mereka ditipu oleh ejen menjual rumah kos rendah sejak dua tahun lalu.

Pembeli yang tertipu terpaksa membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,000 terlebih dahulu namun tapak rumah yang dijanjikan oleh agen perumahan tidak ada.

1 comments:

Romeo Laut said...

Erm... Betulkah benda ni?

Powered by Blogger.