Jun 5, 2012

PEMIMPIN CINA DEDAH SKANDAL DINASTI DALAM DAP!!








Desakan Timbalan Presiden PKR berhubung isu "politik dinasti" seperti mengata dulang paku serpih, dengan membangkitkan isu "hubungan kekeluargaan dalam parti pembangkang".

Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung merujuk kepada jawatan ketua umum yang disandang Anwar secara lantikan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Islam sebagai presiden dan anak mereka Nurul Izzah Anwar sebagai naib.

Dengan itu, menurut Chor, PKR sendiri mengamalkan apa yang diketengahkannya sendiri.

Dalam DAP pula, "ikatan pentadbiran anak-bapa", manakala jawatan penting dalam jawatankuasa pusat parti itu didakwa diagihkan kepada pihak yang mempunyai pertalian.

mca new cabinet member 180308 chor chee heung"Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng anak kepada penasihat kanan Lim Kit Siang, pengerusi Karpal Singh ada dua anak, Gobind Singh and Jagdeep, yang kedua-duanya wakil yang dipilih," katanya sambil menyebut perkara sama berlaku dalam DAP Perak.

Chor berkata, dalam PAS pula, anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi timbalan ketua Pemuda.

Ketika diwawancara Malaysiakini sebelum ini, Azmin berkata walaupun anggota keluarga Anwar dipilih secara demokrasi, PKR mesti berwaspada daripada terjatuh ke dalam perangkap "nepotisme dan kronisme" seperti yang didakwanya berlaku dalam Umno.

Katanya, beliau memberikan nasihat kepada pemimpin parti supaya beliau tidak mahu pengaruh keluarga mendominasi keputusan di peringkat parti dan pusat.

Azmin bagaimanapun berkata beliau yakin Anwar tidak akan membenarkan dominasi itu berlaku.


0 comments:

Powered by Blogger.