Jun 28, 2012

PECAH AMANAH - REKTOR KOLEJ KUIN BAKAL DIPECAT..!!?








Polis mengarahkan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menyelesaikan sendiri kes dakwaan pecah amanah membabitkan Rektor kolej universiti itu, Prof Datuk Dr Jamil Osman.
  
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Adzaman Mohd Jan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes 'Refer to Agency (ROA)' dan polis merujuk kembali kes berkenaan kepada Kuin.
  
"Jadi kes ini perlu diselesaikan oleh jabatan yang terlibat dengan segera," kata beliau ketika mengulas tindakan petugas Kuin yang membuat lima laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini semalam kerana mendakwa berlaku pecah amanah di kolej universiti itu.
  
Difahamkan, petugas terbabit yang berkhidmat antara empat dan 15 tahun berbuat demikian kerana mendakwa Kuin tidak membuat pembayaran kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain walaupun potongan dibuat daripada gaji mereka setiap bulan, sejak Januari lepas.
  
Akibat tindakan itu, ada antara petugas Kuin yang dikenakan tindakan termasuk menerima surat bagi tindakan mahkamah, kenderaan ditarik balik oleh bank dan penamatan polisi insurans oleh syarikat insurans.

2 comments:

Anonymous said...

Yg tak berbayar tu bukan sebab depa makan duit..Tapi tak mampu tadbir dan jaga keewangan dgn cekap.....
Jadi ni kes Lantik yg tak berkualiti.

Namun siasat Audit sepatutnya dikenakan untuk menyelongkar keputusan keputusan keewangan yg pelik pelik dan bukan tertakluk nature use..walaupon disahkan lembaga( lantikan yg tak berkualiti)..
Kemelut ini banyak terarah kepada MGT Manipulation in elusive manner...
Amat Serious dan perlu bertindak dgn betul...Polis pantut mencadangkan siasatan ini.. baru Polis tak nampak sangat bodoh..
Dah sampai masanya KDN perlu naik kan taraf minda kerja Polis dari kekerapan naik gaji saja..Tak seimbang dgn kecerdekan yg diperlukan dewasa ini...

Hperancis

obat pembesar said...

postingan yang bagus tentang PECAH AMANAH - REKTOR KOLEJ KUIN BAKAL DIPECAT..!!?

Powered by Blogger.