Jun 22, 2012

PAS PERAK TERIMA HABUAN SUNDAL DARI DAP - BANTAH BINA SEKOLAH AGAMA RAKYAT..!!








Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk check & balance tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku.

Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran.

Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa.

Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi.

Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ).

Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat.

Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.






Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata.

Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR.

Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat.

PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya.

Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan.

Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.

Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.

5 comments:

Anonymous said...

RE INSTATE SEMULA ISA....semakinlembut kerajaan semakin HARAMJADAH BABI2 PENCETUS HURU HARA DAN PERKAUMAN NIE berbuat sesuka mereka..macam orang Melayu dan rakyat lainnya tak ujud lagi dah.

KEMBALIKAN 'ISA '...JANGAN samapai jadi tius baiki labu.

Anonymous said...

yeop bota berkata
makin lama keme tengok perangai perasit2 puak pas ni teman rasa dan mula loya dah, tingkah laku dah bercelaru ape nak jadi dengan puak2 pas ni makin jauh bersekongkol dengan juak2 pkr dan dap makin dema yg sesat mesat. yg dok sembahyang depan bangunan dap tu ape ke ceritanya sifat munafik terserlah yg di tentang bukan perkara yg mengenai cubaan mencemarkan islam tapi menentang kerana nak wujudkan SAR...yang teman tengok rupa, tingkah laku dan aksi dema ni macam penagih dadah yg kita kata berulang2 kali najis tu tak elok tapi juak2 dok langgor juge.. masyaallah tobat teman nak nyokong penyokong agama sesat nih....

lia said...

panas lagi...
http://adf.ly/9wzQA

Anonymous said...

Ini apa punya sembahyang.. Belakangkan kiblat roket..

Anonymous said...

Ini apa punya sembahyang.. Belakangkan kiblat roket..

Powered by Blogger.