Jun 7, 2012

PARTI IKATAN.. MAMAK KADIR LETAK SYARAT MAHU JAWATAN PM JIKA JOIN PAKATAN..!!?






Kalau tengok gaya majlis pelancaran Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, ramai wartawan yang menghadirinya boleh agak ia tidak akan sampai ke mana.

Majlis pelancarannya dibuat di hotel terkemuka Palace Of The Gorden Horses ,Serdang pagi Khamis bermula 45 minit dari jadual asal dan berakhir tiga jam kemudian dengan ucapan-ucapan ala ceramah.

Majlis bermula dengan pengerusi memperkenalkan presiden, tiga orang timbalan presiden, setiausaha agung, serta enam orang ahli majlis tertinggi parti yang baru didaftarkan dua hari lalu itu.

Dewan yang boleh memuatkan 400 orang itu hanya separuh dipenuhi dengan sebahagian besar adalah wartawan serta pemerhati politik.

Dan paling jelas adalah tidak ada orang muda, sebaliknya baik pemimpin mahupun penyokong yang hadir kebanyakkannya 'senior citizen' dengan paling ramai orang Cina, India dan barulah Melayu.

Selain Kadir sebagai Presiden sementara , timbalan-timbalan beliau adalah bekas pemimpin PBB Serawak Datuk Bujang Ulis, orang kuat Kelab Rotary Ong Hock Swee dan bekas presiden Majlis Peguam Regunath Kesavan.





Selain itu, Pengerusi Koperasi Ukhwah Malaysia Datuk Seri Mustafa Kamal Maulud dinamakan sebagai setiausaha agung parti tersebut.

Kadir dalam ucapan yang panjang dan meleret-leret berkata antara visi dan misi penubuhan IKATAN adalah berpaksikan kepada "amanat merdeka bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman serta isi kandungan dan roh Perlembagaan Malaysia.

Partinya, kata Kadir bermatlamat menyambung kesinambungan semangat  perjuangan UMNO lama di zaman Bapa Kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman.

Kadir menegaskan, beliau berpegang kepada semangat perjuangan UMNO ketika itu mementingkan perpaduan antara kaum dan agama, yang didakwanya semakin pudar di bawah kepimpinan kerajaan sekarang.

“Sekarang saya lihat perpaduan dah macam jadi benda kecil. Kami ingin membawa kembali rakyat ke pangkal jalan,” kata Kadir.

Antara yang diedarkan kepada wartawan adalah booklet mengenai parti tersebut yang mempunyai wajah Tunku Abdul Rahman dibelakangnya serta amanat Tunku yang menurut Kadir beliau sendiri dengar dari mulut perdana Menteri yang pertama itu.

Isi kandungan amanah tersebut adalah "rakyat berbilang kaum dan agama - Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Siam,

Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain mesti ikhlas satu sama lain, jika mahu hidup satu keluarga.






Malah, setiap mereka, tidak boleh kata atau berbuat sesuatu yang menyakitkan hati atau menyusahkan hati setiap kaum.

"Sebagai ahli keluarga yang ikhlas kita mesti selalu tolong menolong sesama kita. Yang kaya tolong yang miskin.

"Yang maju tolong yang kurang maju. Dengan cara itu barulah kita akan jadi satu bangsa dan negara yang bersatu padu

kuat. Semua orang akan bahagia. Barulah Malaysia dihormati oleh dunia," kata Kadir yang membaca petikan amanah tersebut.

Dalam sidang medianya selepas itu, Kadir menafikan beliau mula tidak berpuas hati dengan kerajaan selepas tidak dapat jawatan Pengerusi MAS.

"Saya tidak minta apa-apa jawatanpun, kalau saya minta mereka (pemimpin UMNO) mesti bagi, saya orang lama, saya tidak minta jawatan, atau kontrak," katanya menafikan cakap-cakap yang tersebar sebelum ini punca dia tidak puas hati.

Bercakap mengenai potensi parti tersebut, kata Kadir, kerana visinya untuk menyatu padukan masyarakat berbilang kaum, beliau percaya ramai yang akan berminat.





 Beliau menjangkakan dalam masa setahun keahlian parti tersebut akan mencecah antara lima ratus ke sejuta orang ahli.

"Kami akan jadi parti paling besar dalam pilihanraya akan datang (PRU 14)," katanya yang tidak menghalang jika ada ahlinya ingin bertanding pilihan raya umum ke-13 kali ini menggunakan tiket parti lain.

“Ahli kami ada banyak muka baru, berkelulusan tinggi dan bertanggungjawab. Banyak calon boleh menang, mereka boleh bertanding dengan parti lain jika nak bertanding.

“Tapi ada juga pemimpin parti lain yang ingin sertai kami, namun saya tidak boleh mendedahkan identiti mereka,” tambahnya.

Ditanya mengapa beliau tidak memilih menyertai mana-mana parti pembangkang, kata Kadir, beliau tidak menyertai parti-parti tersebut sudah pun mempunyai pemimpin mereka sendiri, dan jika beliau mendaftar, beliau hanya akan menjadi ahli biasa.

“Mereka dah banyak pemimpin. Jika saya daftar jadi ahli, hanya jadi ahli biasa sahaja. Dengan ada kuasa, kita boleh rekrut ahli,” katanya.

Jawatan akhir Kadir semasa dalam kabinet dulu ialah Menteri Pelancongan manakala di UMNO Bahagian Kulim Bandar Bharu yang pernah dipimpinnya beliau menjadi Bendahari. Agenda Daily


11 comments:

Jokiden said...

Dia tubuh parti baru kerana nak jadi Presiden. Bagus juga Kadiaq ni. Lepas ni sesiapa nak jadi Presiden parti... hah tubuh je parti baru..

Jokiden nak kongsikan yang ini:

http://kitopunyo.blogspot.com/2012/05/alahai-kocik-bona-alasankenapa-saya.html

Ular Menyusur Akar said...

Tunku Abdul Rahman pulak yang jadi mangsa. Tak pernah Tunku bawak bangsa asing masuk UMNO.

Berapa harilah parti nie? S46 siap bawa menteri-menteri UMNO pun pupus. Nuar dalam league yang berbeza. Ada backing. Si kadiq nie nak sandarkan apa yek? Lantak engkaulah kadiq. Semua bangsa kena dengar cakap engkau? Sultan pun mereka dah tak hormat..bolehlah cakap dalam mimpi.

Anonymous said...

Amboi kadiaq.....la ni hang ada parti baru...rasa rasa duit dari mana hang dapat...Tengku Razaliegh,Anwar Ibrahim,Nik Ajis atau Ali Maju atau Pelita nasi kandar. Ish...hang nak jadi Presiden ropanya. Awat tak maklum masa hang ada dalam UMNO, ramai akan sokang hang sebagai Presiden...Ooops hang nak jadi Presiden parti atau Presiden negara? Sama lah citarasa hangpa semua..baik Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim Hadi tunggui dan Lim kit.....

Anonymous said...

Bodoh piang kadiaq ni. Hang dh kalah hang p dok umah diam2!

mrb said...

Byk betul jasa UMNO dlm politik. Parti serpihan UMNO berlambak-lambak.

Anonymous said...

Aku tak caya dengan mamak ni

Anonymous said...

Kadiaq otak ringkas macam ular. Dia tiru Dr Syed Husin Presiden Parti Rakyat Malaysia.

Syed Husin berjaya menjawat jawatan tinggi dalam PKR. Tu cita cita kecil. Mimpi Kadiaq lagi besaq. Nak jadi macam Syed Husin Juga tapi pada skala besar. Nak jawatan tertinggi dalam PR.

Kalau idea idea bangang ni di hidu selalunya datang dari jamban mamat stor kunyit Raja Penipu. Bab membodohkan orang pandai, bagi idea bunuh diri memang pakar. Lagi pulak bekas menteri ni otak tidur sebelah macam Kadiaq. Mampuih!

Anonymous said...

Bukan ke 13 Mei 1969 masa Tunku Abdl Rahman masih Perdana Menteri. Perpaduan kaum apa yg kadiaq kata ni. Sejarah tidak akan sekali-kali menipu manusia, tapi manusia selalu yang menipu dengan mereka-reka sejarah untuk kepentingan sendiri. Sejarah juga telah membuktikan banyak Parti Serpihann UMNO ditubuhkan oleh individu yg kecewa. Kalau tak percaya cuba baca balikmsejarah penubuhan Parti Negara, Parti Semangat 46, PKR, KITA, dan yang terbaru IKATAN. Bagi Presiden IKATAN, tunggu nak jadi Psiden UMNO mungkin sampai mampuih pun tak akan tercapai, nak terajui Parti Negara atau Semangat 46.... itu dua-fua parti dah lama terkubur, nak jadi Presiden PKR atau KITA.... Presiden sedia ada tak mungkin bagi laluan yg mudah di samping ramai yg tunggu peluang nak naik. Jadi nak tak nak tubuh la satu Partibaru dengan mengaitkan nama Tunku supaya nampak hebat. Boleh dakwa akan dapat sehingga 1 juta ahli. Tak sangka bekas menteri juga mempunyai keupayaan berfikir yang lebih rendah jika nak dibandingkan dgn org yang tidak pernah menjawat jawatan menteri. Atau mungkin keupayaan menggunakan otak sama dengan usianya yang semakin senja membawa ke malam.

penyambung_B@ngsa said...

urmmmm...ini semua adalah berpaksikan kepada mnuju matlamat peribadi sendiri,saya ni masih muda dan belum sempat hadir di waktu zaman Bapa Merdeka,tapi saya dapat lihat perpaduan yang terbina hari ini sangat utuh hasil daripada usaha kerajaan hari ini dengan masih berpaksikan perjuangan yang dibawa oleh orang terdahulu...Tak malu kah TAN SRI PRESIDEN IKATAN ini dengan golongan muda seperti saya ini yang terlalu muda tetapi dapat menilai ssuatu perjuangan yang ihklas dengan yang berkepentingan SENDIRI..SEPATUTNYA kita bersama-sama mengekalkan perpaduan dari merubah perpaduan mengikut acuan tersendiri..belum tentu yang dibawa ini adalah yang TERBAIK.... HARAP DAPAT BERFIKIR DENGAN AKAL BUKAN DENGAN PERASAAN.

Anonymous said...

kadiaq2...baik hang pi buat parti nasi kandaq..

Anonymous said...

alahai mustafa kamal maulud ni dato dapat dari indonesia memang kaki sapu, masa nak jadi presiden angkasa pun dia tabur duit. bila dah kalah dia saman pulak angkasa.

sama haprak ngan kadiaq

Powered by Blogger.