Jun 13, 2012

MESEJ NAJIB BUAT PENGUNDI KAWASAN BANDAR..!!








Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendesak pengundi bandar kembali menyokong BN kerana gabungan itu lebih mungkin menunaikan janji.

"Mereka harus faham bahawa masa depan mereka akan lebih baik kerana kami memastikan keamanan, kestabilan, keharmonian dan masyarakat yang lebih makmur," katanya dalam program 'chat' langsung di Internet anjuran New Straits Times hari ini.
 
Ini, katanya, kerana BN mempunyai "darjah kepastian" lebih baik dalam kemampuan memberikan sesuatu.

Najib menjawab soalan warga maya tentang tugasan sukar BN memenangi hati pengundi bandar.

Ditanya pengguna Internet lain tentang imbuhan untuk golongan pertengahan memandangkan kumpulan berpendapatan rendah sudah menerima pelbagai pelbagai pemberian, Najib menjawab:

"Ia tertakluk kepada keupayaan kita untuk menyusun semula asas hasil bagi negara."


2 comments:

Anonymous said...

Bola tanggung.. Harga air di penang akan naik lepas PRU.. ITU kata perbadanan air penang, tapi hanya akan berlaku selepas PRU atas dasar politik utk PRU13.. Apa tunggu lagi kerajaan BN... Umum manifesto harga air akan turun lepas PRU13 di penang.. Mesti dapat extra umdi punya.. Kalau tidak pun, kerajaan DAP penang terpaksa tanggung harga kenaikan air ini lepas PRU.. YOU NOT GOING TO LOSE ANYTHING..

Anonymous said...

Kerajaan BN boleh letak manifesto apa sahaja di penang.. Sebab tak akan menang.. Tapi ini boleh buat DAP terkedu untuk lawan manifesto itu dan terpaksa tanggung selepas PRU13 nanti..

Powered by Blogger.