Jun 28, 2012

MAHATHIR KOMEN KENAIKAN SAHAM FELDA - ANTARA PELUANG VS BENCANA.







Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkeyakinan bahawa pengurusan Felda Global Venture Holdings (FGV) akan dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada peneroka berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, penyenaraian FGV yang mencatatkan premium 84 sen kepada RM5.39, berbanding harga tawaran awam permulaan RM4.55 pada hari pertama dagangannya, membuktikan yang saham syarikat itu berpotensi untuk terus meningkat dan memberi keuntungan kepada pemegang saham.

"Perkara seterusnya ialah untuk menguruskannya dengan baik...kalau pengurusan itu cekap, kita akan lihat peneroka Felda akan dapat pulangan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada seminar "Politiks dan Perniagaan - Kaitan Malaysia" di sini hari ini.

Pada tengahari tadi Harga saham pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah dilaporkan melonjak kepada RM5.30 atau meningkat 75 sen sehingga jam 12.04 tengah hari, berbanding harga tawaran permulaan RM4.55.


 
Artikel Lain Berkaitan Lonjakan Saham FELDA hari ini (Klik pada tajuk di bawah) :-
  



Powered by Blogger.