Jun 21, 2012

MAHATHIR BANTAH AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012..!!?







Adalah baik untuk mempunyai kebebasan berhimpun tetapi ia perlu ada hadnya kerana sebuah kerajaan yang baik bukan hanya bertanggungjawab kepada kumpulan minoriti tetapi juga majoriti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, semua kebebasan ada hadnya, hanya kerana kebebasan mungkin menceroboh atau menafikan kebebasan orang lain.
  
"Jadi, kita perlu menerima had ini, anda boleh mendapat kebebasan tetapi anda tidak boleh melangkaui sesetengah perkara kerana orang lain juga berhak untuk mendapat kebebasan," katanya dalam ceramahnya Akta Perhimpunan Aman 2012 - Masa Depan dan Cabaran di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebebasan berhimpun juga tidak boleh digunakan sebagai senjata untuk memberi tekanan kepada kerajaan kerana apabila ini berlaku sepanjang masa, kerajaan tidak boleh membuat keputusan yang baik.
  
Dr Mahathir berkata, walaupun Malaysia bukan sebuah negara demokrasi liberal tetapi masih mengamalkan demokrasi dalam erti kata rakyat boleh mengubah kerajaan melalui proses pengundian dan dengan ini ia tidak memerlukan rakyat untuk bangkit dan mengadakan revolusi.
  
"Tapi mereka (pembangkang) nampaknya percaya apabila anda berikan kebebasan berhimpun, ia tiada had dan bagi mereka yang berhimpun boleh buat apa saja dan anda tidak boleh buat apa-apa terhadap mereka.
  
"Kita masih belum bersedia untuk liberalisme. Saya fikir ia akan mencemarkan imej negara jika kita cuba menjadi begitu liberal seperti demokrasi liberal di barat," katanya.
  
Beliau berkata di negara ini, ia masih terbuka untuk kritikan berbanding negara-negara lain yang (dikatakan) liberal, dan ia tidak perlu dicemari dengan demonstrasi, hanya semata-mata untuk menegakkan pendapat.

2 comments:

Adi Kencana said...

Perhimpunan aman tu ok, tp malangnya kalau perhimpunan dibuat oleh pembangkang, semuanya bertukar menjadi ganas!

NAK ALIH DARI ISU RAMPASAN PADANG PKNS & RM3 BILION ANWAR, NIK NAZMI BUKA ISU BASI ISTIJUARA. Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Aloq Laloq said...

Salam tn blogger,

Mohon sudi kiranya link blog aloqlaloq.blogspot.com ke blog handal tuan ini. Tk.

Aloqlaloq

Powered by Blogger.