Jun 4, 2012

KHALID GAGAP UMUM RASMI.. "SAYA AKUI PKR GAGAL TUNAI MANIFESTO PRU12..!!"








Akhirnya MB Selangor Khalid Gagap secara terbuka mengakui gagal melaksanakan beberapa janji manifesto PRU12 yang lalu. Apa yang dicanang hanya Air Percuma 20 meter padu semata2 yang akhirnya memberi kesan terhadap bekalan air di Negeri tersebut.

Khalid dalam Program Ramah Mesra bersama Facebooker dan Twitter hari ini mendakwa antara Manifesto yang tidak mampu dilaksanakan termasuklah penurunan cukai pintu sebanyak 20%.

Beliau didakwa terpaksa membuat pengumuman sedemikian setelah masyarakat Negeri tersebut mempersoal malah berang dengan tindakan secara drastik menaikkan Cukai Pintu di beberapa kawasan di Daerah Negeri tersebut.





Ini bukan sahaja gagal melaksanakan janji Manifesto, akan tetapi ditekan pada tahun keempat pemerintahan Pakatan Negeri dengan kenaikan Cukai Pintu yang disifatkan sebagai kejam. ( Artikel dan Laporan Penuh Isu Berkaitan - KLIK DI SINI )

Namun Khalid terpaksa menggunakan 'skrip' yang biasa digunapakai beberapa Otai Pemimpin Pembangkang dengan menyalahkan Kerajaan Pusat sebagai faktor utama kegagalan melaksanakan manifesto tersebut.
 
Khalid Gagap juga dengan nada tegas mendesak Pemimpin2 Pakatan  mengurangkan janji yang sukar dilaksanakan akan tetapi meningkatkan prestasi kerja untuk kebajikan rakyat.

Baru sedar Prestasi kerja Exco2 kamu teruk?


0 comments:

Powered by Blogger.