Jun 1, 2012

KETERANGAN BUKTI HINA SULTAN JOHOR.. POLIS BAKAL SERBU NIZAR KOMUNIS..!!








Rakaman percakapan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin  berhubung kenyataannya mengenai pembiadaan nombor WWW 1, oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,  akan direkodkan dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan menerima 14 laporan polis terhadap Nizar berhubung isu tersebut, sehingga hari ini.

“Saya sahkan kita menerima 14 laporan polis dan pegawai DSP Senawi telah menghubungi beliau (Nizar) untuk menetapkan tarikh untuk rakamkan percakapan.

“Kita akan lakukan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Mokhtar berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Akta Hasutan.

Kelmarin, Nizar mengeluarkan permohonan maaf atas kenyataannya menerusi mesej Twitter  oleh yang mempertikaian pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520,000 oleh Sultan Johor.

Dalam permohonan maaf oleh Nizar dituju kepada mereka yang berasa terluka dan kecewa berikutan mesej twitter miliknya yang dibuat Isnin lalu dan menegaskan apa yang ditulisnya itu lahir dari niat ikhlas selaku rakyat biasa dan bukan berniat memalukan mana-mana pihak.

Dalam mesej tersebut, Nizar menulis bahawa "RM520 ribu untuk plat nombor pendaftaran WWW 1. Tak akan hendak letak kat kereta Proton atau motor kut?"

"Ramai lagi rakyat yang masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang!" kata beliau.

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri itu juga menulis bahawa "RM520 ribu boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah PPRT," katanya lagi.

Susulan itu,  Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

"Kerabat diraja Johor tidak ambil wang kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim dan bertitah wang yang diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

Mesej balas Tunku Ibrahim menyusul pandangan diutarakan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semalam Laporan media menyebut nombor plat kenderaan WWW 1 berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5 (RM220,000); Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memenangi nombor plat WWW 15 (RM24,200).

0 comments:

Powered by Blogger.