Jun 7, 2012

KESAN ISU AIR.. 138 PELABUR UMUM TANGGUH PELABURAN DI SELANGOR..!!







Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan sebanyak 138 syarikat swasta terpaksa mengangguhkan hasrat untuk melabur di Selangor kerana kegagalan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelesaikan isu air. 


Katanya, tindakan tersebut adalah bukti nyata bahawa masalah air kini kritikal di Selangor sebagaimana kajian pakar iaitu negeri ini bakal berdepan krisis menjelang 2014 walaupun cuba dinafi berulang kali oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. 


Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 komponen utama bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor.


Namun, projek berkenaan menemui jalan buntu selepas Selangor didakwa melengahkan kelulusan berkaitan pengambilan tanah, permit memasuki kawasan rizab hutan dan pengeluaran permit arahan pembangunan.

 Projek yang diluluskan Kerajaan Persekutuan pada 2005 itu bertujuan menyalurkan air mentah sebanyak 1,890 juta liter sehari dari Sungai Semantan di Kampung Jambu Rias, Pahang ke Selangor.

Sekiranya kerajaan Selangor melambatkan kebenaran untuk pembinaan loji itu dikhuatiri krisis bekalan air menjadi lebih teruk di negeri berkenaan.



0 comments:

Powered by Blogger.