Jun 19, 2012

KEPUTUSAN PROJEK LYNAS.. FUZIAH SALLEH OVERDOSE KIMIA BAWA 'PARANG' KE PARLIMEN..!!








Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengesyorkan agar lesen Kelas A iaitu mengilang peringkat pengendalian sementara (TOL) dikeluarkan supaya projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kuantan, Pahang dapat beroperasi.

Bagaimanapun PSC menegaskan, di peringkat ini, LAMP perlu mematuhi kesemua syarat-syarat lesen yang lazim dan syarat-syarat tambahan yang telah dikenakan di dalam lesen TOL ini.

"Data yang diperolehi di peringkat ini akan menjadi asas kepada pertimbangan proses perlesenan selanjutnya," kata laporan PSC yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam laporannya, PSC juga berkata, pihaknya berpuas hati bahawa berdasarkan fakta-fakta saintifik, takrifan undang-undang dan maklumat yang diperolehi daripada pakar-pakar, projek LAMP adalah merupakan kilang kimia yang menghasilkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear atau aktiviti perlombongan.

Selain itu, PSC juga mendapati projek LAMP akan menggunakan teknologi termaju.

"Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia yang setaraf dengan amalan dan standard antarabangsa.

Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa.

"Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah menyediakan sistem kawalan yang diperlukan seperti yang telah ditetapkan di dalam perundangan kebangsaan dan standard antarabangsa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam serta perlindungan alam sekitar untuk kilang beroperasi sementara," kata laporan PSC di bahagian rumusan.

2 comments:

Anonymous said...

Fauziah tu bukan overdose kimia tapi overdose steem tak dapat klimaks secukupnya....Tolonglah sapa-sapa boleh kot....Oleh Jeboon.

Anonymous said...

Penganut hamPAS boleh la ambik wanita menopaus macam ni. Buat testing atas katil selepas pekena ubat kuat yang bersepah dalam haprakkah tu...

Powered by Blogger.