Jun 4, 2012

KDN 'KAGUM' SEMANGAT IRSHAD MANJI PERTAHAN GAY & LESBIAN..!!







Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara sinis mengalu-alukan penerbit buku karya Irshad Manji yang dilaporkan berhasrat untuk menyaman kementerian itu.

Beliau berkata kementerian sememangnya menantikan Ezra Zaid, iaitu penerbit buku karya Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' untuk tampil membantu siasatan.

"Sama ada dia tampil secara sukarela atau tampil untuk menyaman KDN saya tidak kisah, yang pasti dia perlu tampil ke hadapan untuk bertanggungjawab dengan tindakan yang telah beliau lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas menghadiri majlis bersama pemimpin dan pelancaran buku 'Dian Desa 2012' di Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara, Kahang di sini.

 
 



Beberapa laman portal pembangkang sebelum ini menyiarkan laporan tentang hasrat penerbit buku berkenaan untuk memfailkan tindakan undang-undang, bukan sahaja terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi juga terhadap dua jabatan agama iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


0 comments:

Powered by Blogger.