Jun 20, 2012

ISU SCORPENE & ANTALTUYA : ZAHID HAMIDI TAK RELA JILAT SISA LUDAH DI MUKA ANWAR..!!







Kerajaan akan menjawab berhubung perkembangan siasatan Perancis terhadap tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia dari syarikat DCNS.

"Pada 26 Jun, saya akan menjawab mengenai perkara itu (di sana)," kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi sambil menuding ke arah tempat persidangan Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan mengenai dakwaan penjualan dokumen rahsia Tentera Laut Diraja Malaysia dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya mengenai sepina yang dijangka akan dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepadanya dan menteri dan pegawai kerajaan Malaysia yang lain, Ahmad Zahid menegaskan beliau akan menjawab pada tarikh yang sama.


0 comments:

Powered by Blogger.