Jun 10, 2012

ISU PTPTN.. SISWA BERANG DAKWA ANWAR PENIPU..!!








Pembangkang di Selangor melenting dan menjadi tidak tentu arah apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengarah PTPTN membekukan pinjaman pendidikan bagi pelajar Unisel.

Tanpa mengkaji terlebih dahulu bahawa tindakan itu adalah bersifat sementara kerana PTPTN mahu melihat samada Pakatan Rakyat Selangor benar-benar serius mahu membela nasib pelajar di bawah universiti milik kerajaan negeri atau ianya sekadar retorik politik kosong mereka sahaja.

Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan mahu melihat sejauh mana kebenaran janji Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu memberi pendidikan percuma kepada pelajar pusat pengajian tinggi dengan menghapuskan pinjaman PTPTN.

Bukan sesekali niat kerajaan  untuk memperjudikan masa depan generasi muda terutamanya anak-anak bangsa Melayu sendiri.

 




Sejak merdeka sampai sekarang, tidak ada kerajaan yang memperkasakan pendidikan di negara ini terutamanya menaikkan martabat bangsa Melayu kecuali Barisan Nasional.

Ini hakikat yang amat pahit untuk diterima pembangkang.

Begitulah sifat pembangkang yang ingin menjadi Mat Jenin - berjanji bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi apabila mereka disedarkan dari alam mimpi kepada dunia realiti barulah mengerti betapa sukarnya untuk mengotakan janji-janji yang mereka tabur.

Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya.'

Kalau dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu mmebuat onar yang sama dalam isu PTPTN.

Begitu juga Anwar membuat kacau bilau pada tahun 1998 apabila dipecat daripada jawatannya kerana jenayah liwat dan salahguna kuasa dengan menghasut rakyat melakukan demonstrasi jalanan.

Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Anwar sememangnya tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap bangsa Melayu.

Yang beliau pentingkan ialah bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri dan untuk itu dia sanggup memperkudakan bangsa Melayu untuk mencapai cita-citanya.

Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.

Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.

Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji kosongnya.

Seperti biasa, PAS pula mengambil kesempatan untuk mengatakan kerajaan berlaku zalim kerana menindas pelajar Melayu.

Mungkin PAS yang hanya pandai berceramah di kampung-kampung boleh berikan bukti kepada rakyat satu universiti yang berjaya di binanya selama 20 tahun ia memerintah Kelantan.

Bak kata orang, satu tiang bangunan pun PAS tidak mampu tegakkan apatah lagi sebuah gedung!

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.

Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.

Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?

Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?

Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.

Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai yang dimiliki Unisel.

Isu PTPTN telah memakan diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.

Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat.

8 comments:

Anonymous said...

Sokong... Sokong..,

PR dan pengikut tegarnya memang bodoh.. Banyak janji janji manis sahaja.. Tapi banyak yang tak tertunai.. Tapi masih tak nampak juga..

Jual asset unisel nak bayar yuran dan duit sara hidup budak unisel.. Berapa lama assest tu boleh bertahan.. Lepas 2 tahun bankrupt.. Tutup unisel.. Memang inilah pemikiran puak PR ni.. Cakap tak guna akal.. Ini baru satu uni.. Ini nak bagi kat budak satu malaysia.. Mana nak cari duit.. Yang heran sibodoh yang buat kenyataan ni pulak ialah khalid gagap bekas ahli korporat.. Kalau nik aziz dan hadi awang tu oklah jugak..

Biarlah budak budak ini dapat duit dari PPTPN.. sekolah rendah dan menengah dah diberi percuma.. Siapa yang dapat result bagus dah dapat biasiswa.. Yang kurang bagus diberi bantuan dengan PPTPN.. lepas tu boleh tukar pada biasiswa lagi kalau dapat result bagus.. Jadi apa nak lagi.. Tak cukup ke..

Setengah budak yang dapat gred bagus dan dihantar ke luar negara pun ada sistem pinjaman boleh ubah.. Mereka ini kena bayar balik kat sponsor dia tetapi boleh ditukar kepada biasiswa jika result bagus.. Ini budak yang dapat gred baik, takkan nak bagi percuma pada budak yang dapat gred kurang baik pula..

Budak yang dapat pelajaran percuma secara biasiswa ni pula ada ikatan kontrak kena kerja dengan sponsor dia.. Samada swasta atau kerajaan malaysia.. Ada kah budak PPTPN ni semua nak kerja dengan kerajaan..

Anonymous said...

Mentaliti nak subsidi untuk semua semakin parah.. Dulu melayu aje nak subsidi.. Kini semua.. Macamana nak capai wawasan 2020 jika nak subsidi berterusan..

Anonymous said...

Pelajaran percuma diperingkat universiti hanya perlu diberi kepada yang layak sahaja tidak mengikut latar belakang politik dsbnya.. Baru ada budaya bersaing diantara satu masa lain.. Kalau semua dapat pelajaran percuma, maka mereka akan buat tak endah pasal pelajaran mereka... Sebab, dah tahu gerenti dapat masuk uni dan peRcuma pulak tu..

Anonymous said...

Kenapa kerajaan PR nak tunggu menang PRU13 baru nak hapuskan PPTPN.. Kenapa tak hapuskan sahaja di negeri yang sedang diperintah.. Mulakan dengan selangor dan penang.. Tolak duit PPTPN dari kerajaan persekutuan.. Baru anak jantan.. Ini macam pondan terjerit sana sini, tapi tak ada telur..

Sama juga dengan hapus tol dan turun harga minyak.. Kenapa tak dibuat di negeri yang diperintah mereka..turunkan lah harga minyak untuk rakyat negeri mereka itu.. Janji memamg senang.. Janji masa PRU12 pun belum tunaikan..

Nik aziz pun boleh janjikan syurga..

Anonymous said...

Karpal singh cakap selagi dia hidup dia akan terus berjuang agar PM boleh dari kalangan bukan melayu.. kita harap orang melayu pun boleh berkata.. Selagi karpal masih hidup, kami orang melayu pun akan berjuang dan tak akan menyokong apa yang ada kaitain dengan karpal termasuk parti pembangkang seperti PAS dan PKR..

Anonymous said...

ANWAR hanya akan menjadi PM Malaysia buat sementara waktu jika PR menang PRU13.. Ia akan dijatuhkan oleh DAP yang kemudian akan mengangkat LGE menjadi PM..

Anonymous said...

Kenyatan TUN M mengenai keganasan jika PR kalah memang akan menjadi kenyataan.. Puak puak PAS dan PR kini sedang aktif meracun pemikiran penyokong tegar mereka dengan mengatakan bahawa kerajaan BN hanya boleh dijatuhkan dengan cara begini., bukan dengan cara PRU... mereka terus mengatakan yang BN akan memanipulasi keputusan PRU13 nanti..

Anonymous said...

siapa ingat karpal buat pada anwar ibrahim semasa menjadi tpm dulu,tidak mustahil pusingan itu berulang sekali lagi.malang sungguh nasib seseorang jika terjatuh sekali lagi disebabkan punca yg sama.

Powered by Blogger.