Jun 22, 2012

ISU LYNAS - MP PAS HULU LANGAT 'GELAR' FUZIAH SALLEH OTAK UDANG..!!






Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat berterus terang bahawa pandangannya bahawa tahap radiasi projek Lynas di Gebeng rendah berdasarkan saintifik dan kepakaran beliau.

Maksudnya, jika ada mana-mana pihak nampak pendapatnya itu seolah-olah beliau tidak sehaluan dengan semua pemimpin pembangkang dalam isu Lynas, itu adalah soal politik sahaja.

“Kita kena pergi pada saintifik. Saya bekerjasama dengan kementerian mana yang mampu tetapi jangan cuba politikkan. Dari dulu saya cakap tahaP radiasi renDah tetapi tidak bermakna projek Lynas selamat,” ujarnya kepada media di lobi Parlimen, Rabu.



Menurut pensyarah di UKM itu, semua aspek berkaitan projek itu perlu diteliti dan tidak boleh mengatakannya selamat berdasarkan satu hujah – tahap radiasinya rendah.

Pada sidang Parlimen yang membahaskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung projek Lynas semalam, Dr Che Rosli bangun menyatakan tahap radiasi projek Lynas adalah rendah tetapi perkara lain perlu dirujuk pada pakar-pakar berkaitan.

Beliau mencadangkan kerajaan mengkaji tahap keselamatan pembinaan projek Lynas.

"Kerajaan boleh jalankan ujian makmal yang hanya ambil masa dua atau tiga bulan untuk mengetahui hasil dapatannya.

"Masih belum terlambat. Jalankan ujian makmal mengikut skala industri dan kemudian bentangkan kepada rakyat mengenai tahap keselamatan terhadap persekitaran sekiranya projek ini diteruskan," katanya.


6 comments:

nor rasid said...

fauziah...oh fauziah radiasi yg awak punya tu lagi bahaya boleh jadi haram kalau termasuk, lebih baik awak tutup dulu radiasi awak tu dulu. kemudian tutup mulut jgn byk celupar dan byk menipu haram tau.

Anonymous said...

Mamat ni ada kencing sikit. Mamat ni sedia maklum tiub TV juga mengeluarkan radiasi rendah yang tidak merbahaya langsung. Berpuluh tahun tiada siapa mati kerananya.

Hanya ada 3 jenis radiasi radioaktif. Setiap satunya mempunyai darjah penembusan Yang berbeza. Mengapa tidak beri contoh mudah yang lebih terperinci. Kita bukan bodoh sangat.

Mengapa seorang pakar membuat kenyataan yang terlalu umum di bawah dari asas Fizik. Pelajar fizik tingkatan 5 pun boleh faham.

Anonymous said...

lepas ni Dr Che Rosli boleh la sambung jadi lecturer balik....pilih la mana mana IPTS yg ada...harapan utk di calonkan semula gerenti dah 100% closed...nak jadi ahlul bahlol PAS x boleh sebegini cerdik...PAS x suka...biar bodoooo manjang....baru boleh jadi ahlul bahlol PAS

Anonymous said...

apakah bercakap benar tu satu kesalahan kerana tidak menguntungkan kita? sepatutnya orang diberi penerangan perkara sebenar, betul juga kata orang kampung saya jangan suruh tukang kayu untuk jadi tukang masak lain jadinya,

Anonymous said...

Memang pun dia itu otak udang. Hairan lah macam mana orang bolih pilih dia jadi wakil rakyat. Mereka kat sana suka makan udang kot..tu la jadi otak udang

Serban Hijau said...

Kalau nak banding Lynas dengan trajedi di Cina tu. DAP mau ingat, kebanyakan kilang2 atau bengkel2 yang diusahakan oleh golongan ini mana ada yang pentingkan keselamatan.

Duit mau masyuk, hidup mati belakang kira. Pergilah tengok kilang buat fish ball atau mee yang dijual di pasar, ada yang muntah hijau kat situ juga.

Tetapi yang banyak dok langgan adalah Pak lebai warung depa peduli apa. Hari2 makan benda2 yang subahat. Itu semua mana mungkin mereka dedah takut hilang undi Cina.

Powered by Blogger.