Jun 27, 2012

GELANGGANG PERANG RM5 JUTA HUSAM MUSA VS KICKDEFELLA 4 JULAI INI..!!







Pihak Mahkamah Tinggi di sini memutuskan pada 4 Julai ini bagi mendengar sebutan kes saman RM5 Juta yang difailkan Husam Musa ke atas bekas blogger upahannya Kickdefella berkaitan dakwaan artikel pendedahan penyelewengan yang dikeluarkan blogger tersebut ke atas Exco Kelantan tersebut. 

Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar permohonan Husam untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz daripada terus mengeluarkan kenyataan mengenai Exco kerajaan negeri Kelantan itu.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Mariana Yahya di dalam kamarnya hari ini.

Pada 9 Oktober tahun lalu, Syed Azidi telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Baharu untuk memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Akan tetapi Hakim Besar Malaya telah mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Husam Musa pernah mengupah Kickdefella berjumlah RM2 Juta sebagai serangan dalam menjatuhkan kepimpinan BN pada era pasca PRU12 yang lalu.


1 comments:

Anonymous said...

hahahah.......apa kickdefella baru sedar siapa husam budak cerdik permata hantu nik ajis. apa kickdefella tidak dapat lagi meneka bagaimana kapak melayang hingga pecah cermin keretanya dihayun oleh siapa??????? alahai kelantan kelantan.

Powered by Blogger.