Jun 29, 2012

PRU13 - KHIR TOYO UMUM RASMI TIDAK BERTANDING..!!








Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama bahawa beliau mahu menumpukan kepada keluarga di samping berehat dari sebarang aktiviti berkaitan politik.


Khir Toyo juga tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.


Berkaitan soal calon DUN Sungai Panjang yang bakal menggantikan beliau, ianya akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.


Artikel Berkaitan Sebelum ini (Klik pada tajuk di bawah) :-

KHIR TOYO DIPUTUSKAN BERSALAH - TERIMA HUKUMAN PENJARA 1 TAHUN!!

4 comments:

Anonymous said...

syukur alhamdullillah.....sedar rupanya budak ni......dah kaya nak cari kekayaan macam mana lagi...jangan takut nanti abang Najib akan lantik jadi apa apa..jangan risau KJ pun abang najib boleh lantik, bisinglah bagaimanapun abang najib tetap akan lantik....jadilah pakar pemikir apa apa pun boleh....dah kaya

Anonymous said...

Ini lah melayu, bila ada melayu kaya dengki, bila cina kaya tak bising pun malahan sanggup jadi pencacai lagi.

cara membesarkan said...

postingan yang bagus tentang PRU13 - KHIR TOYO UMUM RASMI TIDAK BERTANDING..!!

Anonymous said...

cina kaya seluruh bangsanya kuat dan bersatu. Melayu kaya seluruh tanah dan hak orang melayu tergadai dan musnah......jadi siapa dengki siapa????

Powered by Blogger.