Jun 30, 2012

CALON MB KEDAH - MUKHRIZ MAHATHIR (BN) VS MAHFUZ OMAR (PAS)..!!








Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merestui anak lelaki beliau Datuk Mukhriz memegang jawatan MB Kedah jika diberi dipersetujui UMNO Negeri tersebut memberi isyarat jelas potensi dan peluang cerah terhadap calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu.

 “Saya akan menolong beliau, namun apa yang dia buat, jawatannya, terpulang kepada parti. Jika dicalonkan sebagai MB, saya sokong.

“Parti biasanya tidak mencalonkan orang untuk MB, kita tak tahu menang ke tak jadi ia biasanya dicalonkan di peringkat Negeri atau Persekutuan,” kata Dr Mahathir dalam temu ramah bersama The Malaysian Observer (MobTv).

Beliau telah ditanya oleh Datuk Jahabardeen Md Yunos untuk mengulas berkenaan spekulasi Mukhriz yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Kedah mengenai hal tersebut.




Namun Dr Mahathir menegaskan Mukhriz masih “berjuang” untuk meningkatkan keupayaannya dan kepimpinan Dr Mahathir semasa menjadi PM telah menjadi pemangkin untuknya aktif berpolitik.

“Sepanjang pengetahuan Mukhriz, saya tahu dia berminat tapi saya tidak benarkan untuk dia menyertai politik ketika saya memegang jawatan Presiden Parti. Dia masih berjuang, amat sukar, dia perlu meningkatkan potensi dirinya,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, kunci utama beliau tidak menggalakkan anak-anaknya menyertai politik adalah kerana tidak mahu dituduh mengamalkan nepotisme atau mewujudkan legasi keluarga.

“Ia sangat mementingkan diri sendiri, saya fikirkan diri sendiri ... saya kata tidak pada politik, tiada perniagaan dengan kerajaan. Selepas saya bersara, mereka boleh kemudiannya,” katanya.
Dalam pada itu, PAS Kedah yang kini telah berjaya dikawal puak Parasit parti tersebut bakal mengemukakan calon baru bagi jawatan MB Kedah. 





Sudah pasti strategi Mahfuz Omar yang mencapai kejayaan menimbulkan persepsi buruk kepimpinan Ustaz Azizan antara calon 'favourite' bagi memegang jawatan MB Negeri tersebut.

Akan tetapi, ianya masih dalam peringkat perbincangan kerana didakwa Anwar Ibrahim mahu meletakkan Mahfuz Omar di antara barisan Ahli Parlimen dan bakal Menteri Kabinet jika Pakatan menang pada PRU13.

Malah PAS Kedah kini telah berpecah tatkala puak Pro Ustaz Azizan bakal memastikan Pro Mahfuz Omar kecundang dalam merancang strategi politik kotor membunuh Pemimpin Pro Ulama' Parti tersebut.

Untuk rekod, BN memenangi 14 daripada 36 Negeri pada 2008 yang hampir kesemuanya dikuasai UMNO manakala Pakatan memenangi 22 kerusi, dengan majoriti dikuasai PAS dengan 16 kerusi.


5 comments:

Anonymous said...

Mahpooz Omar jangan jadi Anjing Makan tahi sendiri. Menyalak sana sini tak kira siang malam, hayun telok lebih baik dari menyalak tak tentu pasai.

Anonymous said...

Minta dijauhi malaikat 40 kalu Mahfusss pilihan PR. Kalu orang2 saperti DSAI, Mat Sabu, Mahfuss, Nizar , Assmin , Khalid Gereja n beberapa lagi sebenarnya patut ditolak mereka mempunyai masalah yang tak sesuai dipilih sebagai pemimpin.

Anonymous said...

Jangan marah kat Mahfuz .... kesian dia yg lulus SRP aje dan itulah tahap pemikirannya. Walaupun dia bercakap berdegar-degar tapi tahi penuh dlm seluar. Berani dgn UMNO aje .... dengan DAP menikus.

Anonymous said...

Kemana mengilangnya Haji Malek Awg Kecil, Ketua Pengarah YaPIEM yg menjadi gunting dalam lipatan kerajaan. Pandai berlakon mcm Mahfuz. Nmpk sokong kerajaan tapi dibelakang semua orang tauuuu ??????

Anonymous said...

Kalau ada yg menyokong Mahpuus tu memang orang yang tak pandai menilai yang mana kaca dan yangmana intan,SEMACAM DENGAN DIA LA JUGA....PIANG

Powered by Blogger.