Jun 27, 2012

ANWAR TERIAK DEPAN OBAMA - TUN M TERIMA PINGAT PEMIMPIN T'HEBAT ASIA PERINGKAT DUNIA..!!








Tatkala Anwar Ibrahim yang mencanang kononnya Pemimpin berpengaruh dunia menuduh Kerajaan Pusat dan Pemimpin2 Kerajaan mengamalkan korupsi yang katanya kian tenat, Dunia terus mengikhtiraf Malaysia yang telah melakar satu sejarah hebat susulan dipilih sebagai negara kehormat oleh JEC Asia 2012 .

Lebih hebat lagi, Pemimpin yang didakwa Anwar seorang yang mengamalkan pemerintahan Zalim dan Diktator iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, turut menerima pengikhtirafan Pemimpin Asia paling hebat menerima pingat Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat dari JEC.

Selain itu, turut menerima pengikhtirafan JEC Asia 2012 termasuklah Industri komposit Malaysia.

Mahathir menerima anugerah itu pada majlis perasmian acara tiga hari yang bermula di Singapura semalam di Pusat Konvensyen Suntec.

Semasa tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Malaysia mengalami permodenan yang pantas dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Beliau sudah memulakan banyak projek mega yang melonjakkan Malaysia di atas peta dunia di samping berjaya menaiktaraf ekonomi rakyat.

Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat itu adalah bagi pengiktirafan usaha Dr Mahathir yang tidak pernah mengenal penat lelah sepanjang kerjaya politiknya.

Beliau bertanggung jawab mempromosikan produk, teknologi, penyelidikan dan kemahiran profesional di dalam industri komposit Malaysia.

Selain itu, JEC Asia 2012 turut menganugerah Kecemerlangan Perniagaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif CTRM (Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd) Datuk Rosdi Mahmud dan anugerah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Highpolymer Chemical Products Pte Ltd Tsai Chao Fang.

JEC Asia 2012 adalah satu pemeran antarabangsa berasaskan pertumbuhan kukuh pasaran komposit MEA Asia Pasifik.

Ia adalah satu-satunya acara di Asia yang menghimpunkan semua pemain industri komposit global di rantau ini.

Acara itu disokong oleh persatuan komposit profesional utama dari Australia, China, India, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand.

7 comments:

Anonymous said...

YANG BAIK AKHIRNYA AKAN TERBUKTI JUA...HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG.. MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA...BIAR TIDAK BERSONGKOK DAN TIDAK BERKOPIAH..KEIKHLASAN HATI MENCURAH BAKTI DEMI NEGARA DAN BANGSA TERCINTA INILAH HAKIKAT YANG HARUS DITERIMA..MOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KEHIDUPANNYA..

Anonymous said...

rahmat Allah sentiasa bersama mereka yg benar, saya tersentuh ketika membaca artikel ini. moga Allah terus limpahkan rahmat-Nya kepada insan bernama mahathir muhamad ini, semoga segala jasanya membina negara, meninggikan agama dan mendaulatkan bangsa diberi Allah pahala yg tiada tolok bandingnya. Aminn..

Anonymous said...

yg jujur ikhlas pd agama dan bangsa akan timbul juga..doa lah mcm2 supaya dier jahanam smua tp Allah maha adil dan maha bijaksana...Alhamdulillah makin sihat..tp lebai yg berdoa agar tun m musnah npknya di timpa musibah doa sendiri..masih buta hati...

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

Drpd kau duk post investment bangang kat semua blog baik kau buat benda berfaedah...semak tgk ko nyer post kat blog2

Anonymous said...

tau xpe..dok spamming blog orang..

Anonymous said...

Kalu nak bandingkan Tun Mahatdir dgn pemimpin2 PR trmasuk Anwar sendiri ibarat langit dgn bumi. Beza sgt2, Tun terus buat kerja walupun dh bersara, PR terus sebar fitnah walupun mereka Islam berjubah dn berserban.

Powered by Blogger.